Subscribe Us

Antara Kanser dan Tumor, Apakah Perbezaannya?


Kanser merupakan sejenis penyakit yang cukup menakutkan dan mengancam nyawa seluruh masyarakat dunia. Kanser tidak mengenal usia, gender, maupun genetik. Kanser mampu mengancam sesiapapun. Seringkali, muncul sebuah pertanyaan 'apakah pembeza antara kanser dan tumor?'. Kedua-dua penyakit tanpa tanda ini kerap kali disamakan kerana menimbulkan sebuah benjolan.
 
"Tumor adalah benjolan yang tidak normal di bahagian tubuh. Tumor terbahagi kepada dua, tumor jinak dan tumor ganas. Tumor ganaslah yang sering disebut dengan kanser.

Tumor jinak memiliki sel berkapsul sehingga lebih memudahkan para doktor membuang bahagian tersebut. Sel terkurung dalam satu kapsul dan mudah diketahui bahagian mana yang merupakan 'tidak sihat'.


Sementara, tumor ganas atau disebut kanser merupakan tumor sel tidak berkapsul sehingga sukar mengesan penyebaran 'kawasan yang tidak sihat'.

Sel tidak berada dalam kapsul, menyebar sehingga kanser yang sebenarnya hanya 2 cm saja boleh menyebabkan seluruh bahagian terkesaan.

Kanser dapat dicegah dengan pola hidup sihat, diet sihat dan mencegah obesiti, serta mencegah infeksi dengan melakukan pemerikasaan. [liputan6]

Post a Comment

0 Comments