Friday, February 27, 2015

Buah Seribu Khasiat?

Sekadar perkongsian ilmu.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan    didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sihat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

Saturday, February 21, 2015

Sekian Lama Kita Solat Tetapi Masih Belum Hafal Maksud Bacaannya... Semoga Memberi Manfaat

Marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita   sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta   langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Tuesday, February 10, 2015

Apa Itu Leptospirosis

Leptospirosis yang juga dikenali sebagai Penyakit Kencing Tikus ialah sejenis penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia (penyakit zoonosis).  Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira

CARA DAN PUNCA JANGKITAN
Bakteria ini terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda haiwan liar yang lain

Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah lembab yang dicemari dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteria Leptospira.

Monday, February 9, 2015

Antara Kanser dan Tumor, Apakah Perbezaannya?

Kanser merupakan sejenis penyakit yang cukup menakutkan dan mengancam nyawa seluruh masyarakat dunia. Kanser tidak mengenal usia, gender, maupun genetik. Kanser mampu mengancam sesiapapun. Seringkali, muncul sebuah pertanyaan 'apakah pembeza antara kanser dan tumor?'. Kedua-dua penyakit tanpa tanda ini kerap kali disamakan kerana menimbulkan sebuah benjolan.
 
"Tumor adalah benjolan yang tidak normal di bahagian tubuh. Tumor terbahagi kepada dua, tumor jinak dan tumor ganas. Tumor ganaslah yang sering disebut dengan kanser.

Tumor jinak memiliki sel berkapsul sehingga lebih memudahkan para doktor membuang bahagian tersebut. Sel terkurung dalam satu kapsul dan mudah diketahui bahagian mana yang merupakan 'tidak sihat'.