Tuesday, August 4, 2015

Lakaran Rasmi Galaxy Note 5 Didedahkan


Pelancaran Samsung Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge+ akan diadakan di New York didalam masa 10 hari dan semakin kita hampir kepada tarikh pelancaran ini lebih banyak maklumat mengenai kedua-dua peranti ini didedahkan.

@evleaks yang memang terkenal dengan pemberian maklumat mengenai model-model telefon pintar yang belum dilancarkan kini telah memuat turun gambar rasmi kedua-dua telefon pintar baru Samsung ini.

Disebelah kiri ini adalah generasi kelima phablet Samsung Galaxy Note yang dilihat mempunyai reka bentuk yang sangat agresif. Panel sisi skrin paparan yang dimiliki oleh Note 5 ini dilhat sangat nipis.

Monday, July 13, 2015

Rebung Penurun Kolestrol

Banyak orang kurang suka sayur rebung kerana baunya yang kurang enak. Ramai yang tidak tahu bahawa rebung kaya serat dan berpotensi menurunkan kadar kolesterol darah. 
 
Tunas rebung buluh atau pucuk rebung sudah lama dikenali masyarakat kita sebagai bahan makanan, terutama untuk dibuat sayur. Selain lazat diolah, rebung juga kaya dengan serat pangan dan kalium. Oleh itu rebung dapat dijadikan penekan kadar kolesterol jahat dalam darah. 

Kandungan serat pangan rebung amat baik sekitar 2.56 persen, lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenis sayuran tropika lainnya.
Selain serat, kandungan lain yang utama dalam rebung mentah adalah air, iaitu sekitar 91 persen. Rebung mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.

Sunday, June 14, 2015

Peminat Pokok Tin @ Pokok Fig, Di Muar Pun Ada... Jom Ke Glory Nursery Encik Steve

Ramai rakyat Malaysia mula meminati pokok tin yang dikenali dengan nama buah syurga sejak disiarkan dalam majalah 3 beberapa bulan yang lepas. Kebetulan sebelum tv3 menyiarkan tentang pokok tin ini, blog orang muo telah pun memaparkan seorang pengusaha berjaya yang menanam pokok tin secara komersial, iaitu Kebun Buah Tn Hj Ridzuan Sg Buloh.

Hari ini orang muo ingin memperkenalkan sebuah kedai nursery bunga di Muo tetapi turut menjual anak-anak pokok tin yang sihat dan berkualiti.  Bagi anda yang tinggal di Muo atau yang berhampiran boleh lah mendapatkannya di sini, tidak perlu lagi pergi jauh-jauh nak mencari pokok tin :)

Sunday, May 31, 2015

Bagaimana Anda Harus Mengetahui Saiz Bra Yang Sesuai Dan Perlu Ganti Baru...

Ketika anda memakai bra dengan ukuran tepat, anda akan kelihatan lebih langsing dan 10 tahun lebih muda dalam seminit. Itulah kalimat yang diungkapkan oleh Lori Kaplan, Pengarah f Bra*Tenders lingerie store di New York City, Amerika Syarikat, dari laman womenshealthmag.
 
Kaplan mengatakan bahawa ketika seorang wanita menegakkan dirinya, pinggang akan mengalami perubahan dan tungkai tubuh semakin panjang. Menggunakan bra berukuran tidak tepat dapat berpengaruh buruk pada bentuk tubuh.

Identifikasi ukuran bra dengan cara berikut ini:

Wednesday, March 25, 2015

Rupa-Rupanya Ada Lagi Khasiat Minyak Kelapa Yang Kita Belum Ketahui

Apa zat yang terkandung dalam minyak kelapa? Laman web latinoshealth.com menyatakan minyak kelapa memiliki kadar asam lemak tepu yang tinggi dan asid laurik.

Selain untuk perawatan kulit dam digunakan dalam masakan, inilah 7 kegunaan minyak kelapa yang tidak terduga khasiatnya begitu penting.

1. Mempercepat proses penyembuhan luka
Menurut studi yang dilakukan oleh U.S. National Library of Medicine, luka yang dirawat dengan minyak kelapa sembuh lebih cepat. Ini kerana minyak kelapa mengandung1 anti-bakteria dan kaya antioksidan.

Thursday, March 5, 2015

Layar Smartphone Calar-Balar? Ini Cara Menghilngkannya

Layar atau skrin smartphone anda calar-balar?  Ada beberapa alternatif untuk membersihkan dan juga menghilangkan kesan calar di layar LCD gadget anda dengan mudah.

Alat yang digunakan untuk membersihkan pun juga tidak sukarr untuk dicari. Bahkan alat-alat ini kerap digunakan dalam kegiatan sehari-hari. Berikut beberapa kaedah untuk mengatasi masalah di atas tersbut;

Sunday, March 1, 2015

Pelik Tetapi Benar: Debu Gurun Sahara Menyuburkan Hutan Amazon

Sebuah klip video keluaran NASA menayangkan hasil pengamatan satelit yang menunjukkan bahawa debu gurun Sahara dibawa oleh angin hingga jatuh di hutan Amazon.
 
Debu itu mengandung zat fosfor yang merupakan unsur penting bagi kesuburan tanaman dan berperanan sebagai baja bagi hutan itu.  Kira-kira 27.7 ton debu sahar telah meluruh ke hutan Amazon. Dari jumlah itu, 22 juta ton mengandungi fosfor.

Perjalanan debu itu dibaca dengan menggunakan 'lidar' peralatan sejenis radar yang menggunakan laser sebagai alat pengimbasnya. Sebagai catatan, radar biasa menggunakan gelombang radio frekuensi ultra tinggi untuk melakukan pengimbasan objek. [Lihat video]

Friday, February 27, 2015

Buah Seribu Khasiat?

Sekadar perkongsian ilmu.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan    didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sihat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

Saturday, February 21, 2015

Sekian Lama Kita Solat Tetapi Masih Belum Hafal Maksud Bacaannya... Semoga Memberi Manfaat

Marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita   sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta   langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Tuesday, February 10, 2015

Apa Itu Leptospirosis

Leptospirosis yang juga dikenali sebagai Penyakit Kencing Tikus ialah sejenis penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia (penyakit zoonosis).  Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira

CARA DAN PUNCA JANGKITAN
Bakteria ini terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda haiwan liar yang lain

Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah lembab yang dicemari dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteria Leptospira.

Monday, February 9, 2015

Antara Kanser dan Tumor, Apakah Perbezaannya?

Kanser merupakan sejenis penyakit yang cukup menakutkan dan mengancam nyawa seluruh masyarakat dunia. Kanser tidak mengenal usia, gender, maupun genetik. Kanser mampu mengancam sesiapapun. Seringkali, muncul sebuah pertanyaan 'apakah pembeza antara kanser dan tumor?'. Kedua-dua penyakit tanpa tanda ini kerap kali disamakan kerana menimbulkan sebuah benjolan.
 
"Tumor adalah benjolan yang tidak normal di bahagian tubuh. Tumor terbahagi kepada dua, tumor jinak dan tumor ganas. Tumor ganaslah yang sering disebut dengan kanser.

Tumor jinak memiliki sel berkapsul sehingga lebih memudahkan para doktor membuang bahagian tersebut. Sel terkurung dalam satu kapsul dan mudah diketahui bahagian mana yang merupakan 'tidak sihat'.

Thursday, January 29, 2015

Cara Menghilangkan Bekas Luka Secara Alami

Bekas luka adalah disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya kerana jerawat ataupun kecelakaan. Bekas bukan saja mempengaruhi penampilan fizikal tetapi juga secara signifikan boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang. 

Kelebihan menghilangkan bekas luka dengan menggunakan bahan alami tentu saja tidak ada efek sampingan yang dihasilkan dan kosnya juga lebih murah. Meskipun begitu, harus diingat bahawa bahan alami ini tidak dapat menghilangkan bekas luka sepenuhnya. Yang dapat dilakukan oleh bahan alami adalah memudarkan bekas luka tersebut.  

Berikut cara menghilangkan bekas luka dengan bahan-bahan alami seperti yang disalin daripada laman  New Health Guide,

Monday, January 26, 2015

Misteri Padang Dua Belas, Kota Ghaib Yang Mewah di Kalimantan Barat

Kota mewah dan canggih dengan penduduk yang sangat sejahtera itu berada di wilayah Kalimantan Barat. Tepatnya di Kabupaten Ketapang atau sekitar 30 minit perjalanan melalui udara dari Bandar Supadio Kota Pontianak. Masyarakat Ketapang biasa menyebut wilayah itu dengan nama Padang 12 (dua belas).

Konon, bagi mereka yang pernah melihat kota itu, wilayah ini tampak lebih bersih dan indah dibanding negara maju yang ada dibelahan bumi manapun. Rumah mewah dan kenderaan seperti Ferrari dan Roll Royce atau motor Harley Davidson menjadi pemandangan yang biasa melintas di kota ini. Bahkan pesawat peribadi maupun kapal pesiaran juga dimiliki penduduknya.

Namun, ini merupakan Kota Ghaib yang ada di Ketapang. Tidak semua mata manusia dapat melihatnya. Bagi orang awam, wilayah yang terletak diantara Kecamatan Kendawang dan Pesaguan ini hanya tanah kosong seluas 12 km persegi yang dipenuhi dengan pohon pine dan lalang layaknya sebuah padang rumput. Itulah alasan mengapa daerah ini disebut Padang 12.