Friday, November 21, 2014

Ini Cara Yang Belum Pernah Kita Lakukan Tetapi Berkesan Untuk Membersih dan Menggilap Hanya Dengan Menggunakan Ini...

Seorang suri rumah yang tinggal di London, Amanda Cable mendedahkan kaedah mudah untuk membersih kotoran degil seperti peralatan dapur dan sebagainya hanya dengan menggunakan beberapa bahan mudah yang biasa terdapat di rumah.

Membersih permukaan logam yang berkarat atau kusam dengan kentang

Potong kentang kepada dua bahagian.  Sapukan potogan kentang dengan garam dan gosokkan pada kawasan yang berkarat. Jika kentang menjadi terlalu lembut, potong lagi permukaan potongan kentang, sapukan garam dan gosok kawasan yang berkarat.