Tuesday, November 18, 2014

Selepas Membaca Ini, Anda Akan Melihat Pisang Sebagai Buah Yang Superb Dan Luar Biasa


Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan fiber. Pisang memberikan rangsangan tenaga segera yang amat tinggi , dan berterusan.

Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dengan dua biji pisang sudah cukup membekalkan tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.


Sumber tenaga bukanlah satu-satunya cara pisang boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan kondisi, menjadikannya satu kemestian untuk menambah diet harian kepada kita.