Saturday, November 15, 2014

Masinnya Air Laut Bukan Kerana Garam?

RASA masin air laut sebenarnya adalah berpunca daripada kandungan bahan kimia dan pelarut garam yang terdapat di dalamnya.  Kebanyakkan garam yang larut adalah berpunca daripada proses pemecahan batu-batu igneus kesan daripada perubahan cuaca dan hakisan.  Bahan-bahan mineral ini kemudiannya akan dibawa ke laut apabila hujan turun.

Mengikut sejarah, hujan pertama yang melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan.  Kemudian, ia akan terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan sehingga menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah.

Kenapa Pada Malam Hari Kita Harus Makan Sedikit Saja

Demi berat badan ideal, kita disarankan supaya menghentikan kegiatan makan sebelum pukul 08.00 malam. Hal ini kerana selepas pukul 08.00 malam sampai pukul 04.00 pagi merupakan fasa penyerapan makanan yang telah dimakan sebelumnya.
 
Pada fasa ini, tubuh menyerap zat-zat makanan yang bermanfaat untuk digunakan sebagai energi kehidupan bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh, termasuk menyahkan sel-sel yang telah mati.