Wednesday, November 5, 2014

Apakah Bahaya Minuman Bertenaga?

Minuman bertenaga adalah sejenis minuman yang mengandungi dadah perangsang seperti kafein. Penggunaan minuman ini memberi rangsangan fizikal atau mental dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi atau hanya untuk merasa lebih segar. Pelbagai bahan yang ditambah dalam minuman ini adalah sebagai sumber 'tenaga'. Walaubagaimanapun, minuman bertenaga mempunyai kesan dan potensi bahayanya. 

Minuman bertenaga mengandungi perangsang dan vitamin. Sebahagian daripada bahan-bahan ini mungkin dalam jumlah lebih daripada apa yang tubuh perlukan setiap hari.