Sunday, March 23, 2014

Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu

Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]