Monday, January 13, 2014

Kereta Peronda Polis Termewah, Terpantas dan Termahal di Dunia

Kemalangan jalan raya adalah penyebab biasa kematian di UAE; purata seorang terbunuh dalam lalu lintas setiap 26 jam. Kebanyakan kematian adalah disebabkan oleh pemandu memandu laju, memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan memandu tanpa tali pinggang keledar. 

Awal tahun lepas, polis Dubai mengeluarkan satu spesifikasi yang digariskan kerajaan menekankan keperluan pasukan peronda dengan beberapa jenis kereta 'supercars' untuk memulihkan keadaan di jalan-jalan raya terutamanya bandar.