Sunday, November 30, 2014

Pope Francis Berdoa Di Masjid Biru Istanbul

Pemimpin tertinggi umat Katolik, Pope Fransis memanjatkan doa di Masjid Biru, Istanbul, Turki, dalam kunjungannya menemui ulama Muslim negara tersebut. [30/11/2014]

Pope yang dikenal bersahaja itu menanggalkan sepatunya sebelumnya memasuki Masjid Biru. Pope pun kemudiannya berdoa di samping Ulama Besar Istanbul Rahmi Yaran.

Paus dengan nama sebenarnya, Jorge Mario Bergoglio itu berdoa menghadap Mekah yang merupakan kiblat bagi umat Islam.

Wakil jurubahasa Vatikan menyebut doa yang dilakukan Pope itu sebagai "moment of silent adoration” of God, [ "pujian dalam diam" kepada Tuhan Yang Maha Esa ]

Semoga persefahaman antara agama akan mewujudkan perdamaian antarabangsa.  
 
Pope Francis kemudian telah membuat lawatan ke Hagia Sophia, gereja yang paling penting Ortodoks selama hampir 1,000 tahun. Gereja yang telah dijadikan sebagai sebuah masjid di bawah empayar Uthmaniyyah ketika mereka menakluk wilayah ini pada tahun 1453, kemudiannya diubah menjadi muzium selepas pembentukan republik Turki pada tahun 1923. [Reuters/liputan6]

1 comment:

Thomas Lee said...

doa utk keamanan dunia