Friday, November 21, 2014

Ini Cara Yang Belum Pernah Kita Lakukan Tetapi Berkesan Untuk Membersih dan Menggilap Hanya Dengan Menggunakan Ini...

Seorang suri rumah yang tinggal di London, Amanda Cable mendedahkan kaedah mudah untuk membersih kotoran degil seperti peralatan dapur dan sebagainya hanya dengan menggunakan beberapa bahan mudah yang biasa terdapat di rumah.

Membersih permukaan logam yang berkarat atau kusam dengan kentang

Potong kentang kepada dua bahagian.  Sapukan potogan kentang dengan garam dan gosokkan pada kawasan yang berkarat. Jika kentang menjadi terlalu lembut, potong lagi permukaan potongan kentang, sapukan garam dan gosok kawasan yang berkarat.

Asid oksalik dalam kentang membantu melarutkan karat apabila bertindak balas dengan besi dalam logam untuk membentuk oxalate ion, yang seterusnya akan terlarut di dalam air yang terdapat dalam krim kanji kentang). Kuasa garam kasar pula membantu menghilangkan sisa di permukaan. Asid oksalik seperti yang terdapat dalam kentang biasanya digunakan dalam banyak produk pembersihan di rumah.

Kulit pisang untuk menggilap sepatu 

Jika kasut kulit anda tampak calar dan kusam, gosokkannya dengan bahagian dalam kulit pisang kerana ia mengandungi atom nitrogen, sulfur dan asid karboksilik yang bertindak sebagai agen pembersih semulajadi. Kesat baki pisang yang masih ada dan lap dengan kain lembut untuk mengilatkan kasut anda. 

Bahan kalium seperti yang terdapaat dalam pisang adalah bahan utama digunakan dalam pengilat kasut komersial. Ia menyerap ke dalam kulit dan membantu mengurangkan tanda goresan.

<![endif]-->Periuk menjadi bersih dan berkilau dengan sos tomato

Sapukan lapisan nipis sos tomato pada permukaan periuk atau kuali tembaga dan kuali yang kusam atau berjelaga. Biarkan selama 30 minit. Asid asetik (bahan kimia organik yang lemah yang memberikan bumbu rasa pahit) dalam sos tomato akan bertindak balas menghapuskan kotoran.  Selamat mencuba. [dailymail]

3 comments:

Anonymous said...

wow kulit pisang tuk gilap kasut. nak cubalah hehe..bagus ni

Cheqna said...

Menarik info ni..senang and murah :-)

Miss Vee said...

Keajaiban Yang Tiada Tandingan !!
KLIK HERE !!