Sunday, November 30, 2014

Pope Francis Berdoa Di Masjid Biru Istanbul

Pemimpin tertinggi umat Katolik, Pope Fransis memanjatkan doa di Masjid Biru, Istanbul, Turki, dalam kunjungannya menemui ulama Muslim negara tersebut. [30/11/2014]

Pope yang dikenal bersahaja itu menanggalkan sepatunya sebelumnya memasuki Masjid Biru. Pope pun kemudiannya berdoa di samping Ulama Besar Istanbul Rahmi Yaran.

Saturday, November 29, 2014

Lupakan Ubat Kuat, Makanan Ini Membekalkan Tenaga Untuk Lelaki

Kebanyakan lelaki menggunakan ubat kuat untuk mempertahankan kelelakian. Sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang begitu berkesan membantu menghasilkan lebih banyak testosteron dalam tubuh anda.

Selain meningkatkan hormon, sejumlah makanan juga diakui membantu mempertahankan ereksi lebih lama kerana kandungannya yang dapat meningkatkan aliran darah ke bahagian genital. Berikut senarai makanan yang dimaksudkan;

Sunday, November 23, 2014

Sakit Kepala Kerana Stres? Makanlah Ini...

Apabila anda stres, tubuh akan lebih mudah letih, otot di kepala dan leher cenderung tegang. Stres membuat aliran darah akan membawa denyut yang tidak seragam sehingga menyebabkan kepala terasa sakit. Rasanya begitu menyakitkan dan mengganggu. 
Jika mengalami masalah tersebut cubalah atasi dengn makanan yang banyak mengandungi magnesium. Makanan kaya dengan magnesium seperti bayam, kekacang mampu mengurangkan rasa sakit kepala.

Friday, November 21, 2014

Ini Cara Yang Belum Pernah Kita Lakukan Tetapi Berkesan Untuk Membersih dan Menggilap Hanya Dengan Menggunakan Ini...

Seorang suri rumah yang tinggal di London, Amanda Cable mendedahkan kaedah mudah untuk membersih kotoran degil seperti peralatan dapur dan sebagainya hanya dengan menggunakan beberapa bahan mudah yang biasa terdapat di rumah.

Membersih permukaan logam yang berkarat atau kusam dengan kentang

Potong kentang kepada dua bahagian.  Sapukan potogan kentang dengan garam dan gosokkan pada kawasan yang berkarat. Jika kentang menjadi terlalu lembut, potong lagi permukaan potongan kentang, sapukan garam dan gosok kawasan yang berkarat.

Thursday, November 20, 2014

Penemuan Baru: Penyebab Utama Kegemukan Terbongkar

Pasukan penyelidik dari Universiti Cornell, AS, telah menemui bahawa mikrobakteria yang dinamakan Christensenellaceae dapat membuat seseorang tetap langsing dan mencegah obesiti.  Mikrobakteria ini berada pada usus dan apa yang menariknya, ia terkait secara genetik.
 
Penelitian mendapati bahawa meningkatnya tingkat obesiti adalah disebabkan kerana penggunaan antibiotik. Salah satu fungsi antibiotik sendiri adalah untuk membunuh bakteria. Akibatnya mikrob christensenellaceae yang bertindak mengawal kegemukan turut musnah oleh penggunaan antibiotik.

Wednesday, November 19, 2014

Bayi Lahir Dengan 4 kaki dan 4 Tangan Dipercayai Penjelmaan Dewa

Warga sekitar Jalan Baruipur, India Timur, gempar dengan kelahiran seorang bayi laki-laki yang memiliki empat tangan dan empat kaki.
Bayi yang diberi nama `God Boy` oleh warga setempat mirip dengan Dewa Hindu. Mereka percaya bahawa bayi laki-laki itu adalah penjelmaan Dewa Brahma kerana memiliki 8 anggota.

Kelahiran bayi tersebut dengan lebihaan anggota sebenarnya adalah anggota 'co-joined' kembar bayi tersebut yang tidak berkembang dengaan sempurna

Kedaan menjadi tidak terkawal akibat terlalu ramai orang datang melihat sama ada dari jauh atau dekat, malah ada yang menangis dan meratap dan ada yang  mendirikan khemah di tempat berhampiran untuk berdoa.  Mereka percaya ini adalah petanda dunia hampir kiamat.[dailymail]

Tuesday, November 18, 2014

Selepas Membaca Ini, Anda Akan Melihat Pisang Sebagai Buah Yang Superb Dan Luar Biasa


Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan fiber. Pisang memberikan rangsangan tenaga segera yang amat tinggi , dan berterusan.

Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dengan dua biji pisang sudah cukup membekalkan tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.


Sumber tenaga bukanlah satu-satunya cara pisang boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan kondisi, menjadikannya satu kemestian untuk menambah diet harian kepada kita.


Sunday, November 16, 2014

Pakar : Kim Kardashian Sakit Jiwa?

Baru-baru ini, Kim Kardashian kembali buat gempar, heboh satu dunia, berfoto bogel untuk hiasan muka depan majalah Paper. Dia dengan bangganya mempamerkan 'aset' berharganya iaitu punggung dan payudaranya. 

Kejadian ini memang bukan sekali, sebab wanita yang berkahwin dengan Kanye West itu sering kali memposting foto bogelnya di media sosial. Bahkan di mana saja, dia cenderung dan gemar difoto dan mempertontonkan asetnya kepada umum. 

Saturday, November 15, 2014

Masinnya Air Laut Bukan Kerana Garam?

RASA masin air laut sebenarnya adalah berpunca daripada kandungan bahan kimia dan pelarut garam yang terdapat di dalamnya.  Kebanyakkan garam yang larut adalah berpunca daripada proses pemecahan batu-batu igneus kesan daripada perubahan cuaca dan hakisan.  Bahan-bahan mineral ini kemudiannya akan dibawa ke laut apabila hujan turun.

Mengikut sejarah, hujan pertama yang melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan.  Kemudian, ia akan terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan sehingga menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah.

Kenapa Pada Malam Hari Kita Harus Makan Sedikit Saja

Demi berat badan ideal, kita disarankan supaya menghentikan kegiatan makan sebelum pukul 08.00 malam. Hal ini kerana selepas pukul 08.00 malam sampai pukul 04.00 pagi merupakan fasa penyerapan makanan yang telah dimakan sebelumnya.
 
Pada fasa ini, tubuh menyerap zat-zat makanan yang bermanfaat untuk digunakan sebagai energi kehidupan bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh, termasuk menyahkan sel-sel yang telah mati.

Friday, November 14, 2014

Manusia Tertinggi dan Terendah di Dunia

 
Lelaki tertinggi dan terendah di dunia bertemu buat kali pertama sempena untuk memperingati Hari Guinness Rekod Dunia. 

Sultan Kosen, 31 dari Ankara, Turki yang berukuran 8 kaki 1 inci tinggi, dan Chandra Dangi, berasal dari Nepal yang hanya 21.5 inci tinggi muncul di luar bangunan Parlimen di London untuk mengabadikan kenangan sempena ulang tahun ke-60 buku rekod dunia.

Wednesday, November 12, 2014

Bedak Bayi Juga Bermanfaat Buat Orang Dewasa... Apakah Itu?

Jangan anggap bedak bayi hanya bermanfat untuk membuat kulit bayi tetap halus. Sebenarnya bedak bayi juga ternyata bermanfaat untuk kesihatan orang dewasa seperti disalin dari web Healthdigezt:

1. Menjaga rambut tetap lembut
Untuk mencegah rambut berminyak tanpa kering, cuba taburkan bedak bayi di tangan dan picit kulit kepala anda untuk menyerap kelebihan minyak.

Tuesday, November 11, 2014

Graviti Susun Batu Mustahil Untuk Melakukannya Tetapi Boleh Bagi Mereka Yang Luar Biasa

Artist Michael adalah master balancing rock. Michael boleh menyusun batu-batu pelbagai bentuk dan saiz dalam segala macam formasi graviti-defying, tanpa menggunakan apa-apa perlatan.  Memang mustahil untuk kita melakukannya tetapi tidak bagi Michael.

Wednesday, November 5, 2014

Apakah Bahaya Minuman Bertenaga?

Minuman bertenaga adalah sejenis minuman yang mengandungi dadah perangsang seperti kafein. Penggunaan minuman ini memberi rangsangan fizikal atau mental dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi atau hanya untuk merasa lebih segar. Pelbagai bahan yang ditambah dalam minuman ini adalah sebagai sumber 'tenaga'. Walaubagaimanapun, minuman bertenaga mempunyai kesan dan potensi bahayanya. 

Minuman bertenaga mengandungi perangsang dan vitamin. Sebahagian daripada bahan-bahan ini mungkin dalam jumlah lebih daripada apa yang tubuh perlukan setiap hari.