Subscribe Us

Sihatkan Otak Anda Dengan & Makanan Ini


Makanan tertentu ternyata mempengaruhi kesihatan otak manusia.  Kajian yang telah dilakukan oleh Cynthia Green, PhD, pembangun dan direktor Memory Enhancement Program at Mount Sinai School of Medicine di New York, adalah penting untuk mengetahui apakah jenbis makanan yang dapat menjaga sel-sel otak tetap sihat.

1. Ikan
Makanan laut seperti salmon, tuna, makarel, sardin mengandung asid lemak Omega-3 yang baik untuk menutrisi otak. Sekitar 40% asam lemak yang diperlukan otak adalah DHA yang terkandung dalam Omega-3. 

Dengan makan ikan tiga kali seminggu dapat mengelakkan daripada penyakit Alzheimer hingga 39% menurut penelitian dari Tufts University.

2. Sayuran hijau

Brokoli, kobis daun atau kobis kerinting, dan aneka sayuran hijau mengandungi antioksidan yang kaya dengan vitamin C serta karotenoid yang mampu melindungi kinerja otak. Hasil kajian dari Harvard Medical School mendapati bahawa perempuan yang makan sayuran hijau lebih banyak mampu menurunkan usia otak hingga 1-2 tahun.
 

3. Avokado, Kacang-kacangan, dan Biji-bijian
Makanan di atas mengandungi antioksidan penting iaitu Vitamin E. Dalam sebuah penelitan, menemukan bahawa orang yang mengambil Vitamin E bukan dari suplemen menurunkan risiko Alzheimer. 


4. Cokelat 
Dark cokelat mengandungi lebih banyak flavonoid yang dapat menghasilkan antioksidan yang baik untuk kesihatan otak. Makanan lain yang tinggi flavonoid adalah seperti epal, anggur merah, teh dan anggur. 


5. Kari 
Masakan bercita rasa Thailand dan India ini mengandungi bumbu rempah kari yang berupaya melawan peradangan.


6. Beri 
Tingginya kandungan antioksidan pada buah beri dapat melindungi otak. Sisipkan juga strawberi dan bluberi dalam menu makanan anda. 


7. Air 
Setiap sel dalam tubuh memerlukan air untuk berkembang, termasuk sel-sel dalam otak. Dalam penelitian kecil di Ohio University menemukan fakta bahawa orang yang terhidrasi dengan baik mendapatkan nilai lebih baik dalam tes kemampuan otak dibandingkan mereka yang tidak minum cukup.[sumber:liputan6.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan