Sunday, March 23, 2014

Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu

Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Monday, March 10, 2014

Jangan Kupas Kulit Epal

Kita sudah terbiasa mengupas kulit epal sebelum menjadikan buah ini sebagai pencuci mulut kerana alasannya sukar dicerna atau kerana kulitnya tebal dan liat.
Kulit epal sebenarnya mengandungi separuh nutrien daripada isi buah ini.  Berikut beberapa sebab mengapa kita disarankan agar jangan mengupas kulit epal sebelum dimakan kerana khasiatnya yang banyak pada kulit epal;

Kulit epal kaya serat
Sebiji epal berukuran sedang mengandungi 4.4 gram serat. Namun jika dimakan tanpa kulit, anda hanya mendapatkan 2.1 gram serat, kurang dari jumlah harian yang disarankan iaitu 3 gram.

Tuesday, March 4, 2014

Banyaknya Khasiat Kulit Buah Limau

Buah limau merupakan sumber terbaik vitamin C, baik untuk kesihatan dan perawatan kulit. Namun tahukah anda, sebahagian besar manfaat buah ini terletak pada kulitnya.

Kulit limau mengandungi empat kali lebih banyak serat berbanding isi buahnya, antaranya ia banyak mengandungi tangeretin dan nobiletin-flavonoid sebagai zat antikanser, antidiabetes, dan anti-inflamasi.

Satu kajian pada tahun 2004 menunjukkan, kulit buah limau lebih efektif menurunkan kadar kolesterol LDL daripada ubat yang terjual di kedai. Zat flavon polymethoxylated pada kulit limau juga baik untuk mencegah penyakit jantung dan peradangan, menurut penelitian ini.

Berikut sejumlah manfaat kesihatan dari kulitlimau;

Monday, March 3, 2014

Makan Buah dan Sayuran Bantu Atasi Asma

Makan buah, sayur, dan biji-bijian membantu menjaga kesihatan saluran pernafasan pada penderita asma. 

Kajian klinis terbaru menyatakan, serat dari ketiga-tiga jenis makanan tersebut baik untuk memperkuat sistem imunisasi dan melindungi sistem pencernaan penderita asma. 

Seperti dikutip BBC dari artikel pada jurnal ilmiah Nature Medicine, pengkaji menguji khasiat makanan yang kaya serat pada tikus, sebagai objek penelitian. Hasilnya, serat terbukti meminimakan inflamasi atau radang pada paru-paru. 

Sunday, March 2, 2014

Makan Tauge, Sperma Lebih Subur

Walaupun banyak yang menganggap mitos, tapi doktor dan pakar kesihatan, dr. Sonia Wibisono percaya bahawa tauge memiliki manfaat kesihatan seperti meningkatkan tenaga pasangan saat bercinta.

Menurutnya, sayur dari kacang hijau ini sangat baik dimakan jika anda dan pasangan ingin segera memiliki anak. 

"Tauge itu mengandung banyak zink dan vitamin E yang baik dimakan untuk membantu pergerakan sperma. Wanita akan lebih subur setiap bulan kalau rajin makan tauge. Begitu juga dengan lelaki. 

Tauge juga megandung banyak protein, vitamin C dan banyak vitamin B," jelas Sonia. Bagi anda yang ingin mendapatkan manfaat sayuran yang berasal dari kacang hijau ini, anda hanya perlu merebus atau menumisnya. "Kalau mau direbus jangan terlalu masak. Yang penting dibersihkan dengan air mengalir dan air bersih. Selain itu boleh ditumis dengan minyak sedikit," katanya.[liputan6.com]