Friday, February 28, 2014

Mulakan Dengan Urutan @ Picit Kaki


Sebagai permulaan untuk 'berhubungan' tidak selalu harus mendorong pasangan ke ranjang. Suami harus tahu mencari cara lain agar isteri anda terkesan. Salah satu cara yang dapat digunakan adalah dengan memberikannya urutan atau memicit di bahagian kaki. 

Dengan memberikan urutan dan picitan pada bahagian kakinya akan membuatkan mood pasangan anda jauh lebih baik dalam memulakan berhubungan. Untuk itu, mulakanlah dengan urutan mesra. 

Berikut ini adalah cara untuk memberikan urutan pada pasangan anda, seperti dipetik dari web Health Me Up;

Langkah 1: 
Memegang pergelangan kakinya kuat di satu sisi. Lalu, tempatkanlah ibu jari tangan lainnya di bahagian bawah tumitnya.

Langkah 2: 
Mulakan di bahagian tumit itu dengan menekan satu titik di bahagian bola kaki, kemudian bergerak sedikit ke depan. Usahakan dalam kondisi stabil, dan memicitnya hingga ke jari-jari kakinya.

Beberapa titik di bahagian kaki dapat membuat wanita semakin berghairah dan semangat untuk bercinta dengan anda.

No comments: