Sunday, February 9, 2014

Tau Makan Je...Banyak Khasiat Rupa-Rupanya Durian Si Raja Buah Ni....

DURIAN amat digemari ramai kerana rasanya yang manis dan lazat. Di sebalik teksturnya yang lembut dan aromanya yang menggoda, si raja buah ini  memiliki banyak manfaat bagi kesihatan. Berikut antara khasiat buah durian:

Meningkatkan Imuniti
Buah durian kaya akan kandungan vitamin C, menyediakan sekitar 33 % dari dari keperluan vitamin C harian.  Makanan yang kaya dengan vitamin C ini membantu tubuh mengembangkan ketahanan terhadap agen infeksi dan radikal bebas berbahaya.

Menyembuhkan Anemia
Durian mengandungi folat yang diperlukan untuk memproduksi sel darah dan meningkatkan aliran energi baru. Justeru durian dikenal pasti membantu untuk menyembuh dan mencegah anemia. Durian juga mengandungi logam tembaga dan besi, penting dalam meningkatkan produksi darah.

Meningkatkan Kesihatan Tulang
Durian mengandungi kalsium yang baik untuk meningkatkan kepadatan tulang. Durian juga mengandungi kalium dalam jumlah tinggi. Kalium diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang.
Kalium menyeimbangkan sodium dan dengan demikian mengurangkan hilangnya kalsium melalui ginjal. Oleh itu durian membantu meningkatkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.

Meningkatkan Kualiti Tidur
Tryptophan (jenis asam amino esensial) dalam durian membantu menghasilkan serotonin dan melatonin dalam tubuh. Dua jenis neurotransmiter ini membantu meningkatkan kesihatan hati, meredakan stres dan sakit kepala.

Menjaga Tekanan Darah
Buah durian mengandungi kalium dalam jumlah tinggi. Kalium diperlukan untuk menjaga jumlah natrium dan menyeimbangkan elektrolit. Oleh itu, pengambilan buah durian membantu mempertahankan tekanan darah dan mengurangkan risiko stroke atau serangan jantung.

Meningkatkan Fungsi Pencernaan
Isi buah durian yang lembutsangat kaya serat terbukti amat baik menjaga kesihatan pencernaan. Kecukupan serat penting untuk melindungi selaput lendir usus, mencegah sembelit, serta mengikat bahan kimia penyebab kanser di usus besar. [suaramerdeka]

10 comments:

hantu durian said...

saya memang suka makan durian... apa pun berpada pada makan jgn berlebihan blh bawa mudarat... badan panas hehe

Hana Syed said...

betul jgn lebih2.. makan tempoyak sama tak khasiatnya?

Nurul Faiz said...

banyaknya kebaikan memakan durian ni. memang sedap :)

ybs said...

saya suke makan durian belanda.....hehe

Cheqna said...

Tak sangka byk juga khasiatnya..tapi saya kurang memakan isinya..tp tempoyak saya suka..hehe :-)

sabun penghilang bau badan said...

sekarang lagi musim,kunjungi tempat kami di ciamis

Anonymous said...

Bagi penghidap Diabetes di harap jangan makan durian kerana kadar gula yang tinggi , akan menyebabkan gula dalam darah meningkat...!

Anonymous said...

Apa pun ada had dan batasnya. Akibat sendiri tanggung terutama kalau yang ada penyakit kencing manis...

Anonymous said...

Apa pun ada had dan batasnya. Akibat sendiri tanggung terutama kalau yang ada penyakit kencing manis...

Amang Berangas said...

DURIAN makanan favorite saya tuh..haaa