Saturday, February 8, 2014

Remaja ini Memiliki Koleksi 14 Ribu Batang Pensel... Rekod Dunia

Kita sudaah biasa dengan hobi kebanyakan orang sama ada dari kalangan keluarga ataupun rakan-rakan seperti hobi mengumpul setem, duit syilin dan sebagainya. 

Berbeza pula dengan seorang remaja dari India, Tushar Lakhanpal, 15, New Delhi ini. Remaja ini punya hobi luar biasa, jarang dilakukan oleh kebanyakan orang.

Tushar Lakhanpal mendakwa dia telah memiliki koleksi lebih daripada 14,000 batang pensel dalam pelbagai bentuk dan saiz dari 40 buah negara di seluruh dunia.
 
Antara ribuan pensel koleksi miliknya, Tushar berjaya memiliki dua batang pensel kepunyaan Ratu Elizabeth II dan pernah digunakan oleh Ratu. Pensel tersebut dibeli dengan harga 400 pound tersimpan di dalam kotak bersadur emas.

Pensel yang terpanjang dan terbesar dalam koleksinya adalah berukuran 8 kaki 3 inci panjang dan 29cm lebar, manakala pensel yang paling kecil miliknya hanya 4cm panjang.

Tushar telah berjaya memegang Indian Limca Book of Records dan kini dia meneruskan usahanya mengorak langkah untuk memecah rekod 'The Guinness Book of Records'.
Tushar mula mengumpul pensel sejak pada usia empat tahun. Bapanya, Ashish Lakhanpal , merupakan seorang juruterbang komersial, membantu dan memupuk minatnya .

Rekod dunia untuk koleksi terbesar pensel dipegang oleh Emilio Arenas dari Uruguay. 
Encik Arenas telah dicatatkan mempunyai 14552 batang pensel dari 60 buah negara pada Ogos 2011. Encik Arenas mula mengumpul pensel kira-kira 60 tahun sebelum Tushar iaitu pada tahun 1956. [dailymail]

Tushar bersama koleksi penselnya
Antara beberapa jenis pensel milik Tushar

6 comments:

Tetamu Istimewa said...

Wah, terujanya saya dengan cerita ni. Memang hebat.

Akeyla Azmi said...

Amboi banyak gila wooo

obat pelangsing cepat,jitu said...

nanti anaknya ga usah mikirin beli pensil,dah banyak warisan pensilnya ...

nohas said...

wow..boleh buat muzium ni..

Rozita said...

hobi yg bagus...tp kat mana dia simpan ye?

sabun penghilang bau badan said...

orang nya pintar kali sehingga terobsesi pada pensil