Monday, January 6, 2014

Wanita ini Menghasilkan Lukisan Abstrak Menggunakan... ?

Berbagai-bagai cara digunakan oleh sesetengah orang untuk menjadi terkenal walaupun tindakan yang dilakukannya itu boleh menjejaskan imej malah mencemar maruah harga diri. 

Melukis menggunakan tangan, kaki atau mulut mungkin sudah biasa tetapi seorang artis dari California, AS bernama Marcey Hawk punya cara lain untuk menghasilkan lukisan-lukisan abstraknya iaitu menggunakan payudaranya.

Karya seninya juga telah menjadi terkenal dan menjadi idaman daripada sejumlah aktor ternama seperti Russell Brand dan Hugh Hefner.

Marcey mengatakan, ketika melukis payudaranya menjadi berus lukisan. Dia memiliki 5 teknik melukis menggunakan payudara iaitu melukis menggunakan keseluruhan payudara, menggunakan puting, teknik tip, the 'squish and swirl' dan metode terbarunya yang dinamakan 'titty twerk' iaitu teknik menggoncangkan payudara semasa melukis.
Marcey kemudian menjual lukisan payudaranya secara online. Harga bagi sebuah lukisan diletakkan hingga USD500 dolar. Sejak membuat lukisan pertamanya pada 2006, kini dia telah menghasilkan ribuan lukisan abstrak yang dijulukinya 'Boobie Painter'.

Hasil jualan dari lukisannya ini, sebahagiannya disumbangkan kepada Susan G Komen Foundation untuk para wanita yang sedang melawan kanser payudara. [dailymail.co.uk]
Antara hasil karya lukisan abstrak Marcey Hawk

2 comments:

Anonymous said...

tak cantik manapun lukisannya... org beli sbb cara melukisnya tu hahaa.. apalah org ni

Akeyla Azmi said...

omg -___-