Wednesday, January 15, 2014

Cacing Tanah Terbesar dan Terpanjang di Dunia

Inilah dia cacing tanah terbesar dan terpanjang di dunia yang hanya di dapati di Gippsland, Tenggara Australia.  Cacing tanah yang dikenali dengan nama Gippsland berukuran 31 inci panjang dan 1 inci besar boleh mencapai 2 meter panjang. 

Cacing tanah ini agak sukar untuk dikesan, spesies ini biasanya menghabiskan sebahagian besar hayat mereka di bawah tanah. Kandungan air yang lebih tinggi di dalam tanah membantu giant gippsland bernafas lebih baik.
Lubang cacing tanah berada sedalam 3-5 kaki di bawah permukaan tanah. Kadang-kadang, hujan lebat memaksa spesies ini muncul daripada kotoran.  

Cacing tanah gippsland mengelurkan  hanya satu biji telur pad satu masa. Bentuknya seperti kacang coklat.  Telur ini mengambil masa setahun untuk menetas.
Anak cacing tanah yang baru menetas berukuran 7 inci panjang.  Spesies ini tidak berkembang dengan cepat. Ia mengambil masa kira-kira lima tahun untuk mencapai panjang maksimum. Kita tidak tahu berapa lama ia boleh hidup  tetapi dikatakan spesies luar biasa ini boleh hidup sehingga 20 tahun.

[odditycentral]

1 comment:

obat mata minus ampuh said...

sepertinya bagus untuk penurun panas