Monday, December 23, 2013

Kerap Mengunyah Gula-Gula Getah Menyebakan Migrain? Ini Sebabnya...

Bukan kerana rasanya yang manis atau bahan yang berbahaya, tetapi kegiatan mengunyah terus menerus ketika makan gula-gula getah atau chewing gum boleh menyebabkan migrain. Hasi kajian oleh para ilmuwan Tel Aviv University dari Meir Medical Centre di Israel mendapati 87 peratus remaja mengalami migrain kerana makan gula-gula getah .

Menurut ketua penyelidikan, Dr Nathan Watemberg, mengunyah gula-gula getah telah menyebabkan stres pada sendi temporomandibular (sendi kompleks di rahang) yang bergerak terus menerus sehingga telah menyebabkan sakit kepala.

"Sebelum ini kajian lain yang dilakukan mengatakan bahawa aspartam pada pemanis buatan yang digunakan di sebahagian besar gula-gula getah menyebabkan sakit kepala, tetapi kami memerhatikan banyak pasien melaporkan sakit kepala kerana mengunyah gula-gula getah setiap hari," kata Watemberg, seperti disalin dari laman Dailymail.