Sunday, November 24, 2013

Bahaya Layar Sentuh Buat Anak Bawah Umur

Jangan biarkan anak anda terlalu asyik dengan tablet kerana ini akan memberi kesan tidak baik jangka panjang dengan perkembngan otot tangan dan jari. 

Pakar pusat rawatan  terapi,  di Maryland, Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli mengatakan bahawa  apabila kanak-kanak menggunak tablet sentuh 'touchscreen' jari kanak-kanak tersebut tidk dapat membina otot yang diperlukan.

Jika anak dibiarkan terus-menerus memakai layar sentuh, otot tangan mereka akan lemah. Mereka akan mengalami kelewatan pertumbuhan otot atau kelemahan otot di beberapa bahagian. 

Dr. Timothy Doran, doktor kanak-kanak dari Greater Baltimore Medical Centre , mengatakan bahawa penggunaaan layar sentuh tiga hngga empat jam sehari tanpa pengawasan orang tua boleh membahayakan perkembangan anak.