Friday, October 25, 2013

Bilik Tidur Harum Membantu Kualiti Tidur

Jangan biarkan bilik tidur anda beraroma tidak sedap, kerana aroma pada bilik tidur ternyata mempengaruhi kualiti tidur.

Menurut hasil kajian dan penelitian yang dilakukan oleh National Sleep Foundation's (NSF), sebahagian besar responden di Amerika Serikat, Kanada, Mexsico, Inggris, Jerman dan Jepun mengaku merasa tidur lebih santai jika bilik tidur harum.

"Penelitian telah menunjukkan bahawa aroma memainkan peranan yang kuat dalam relaksasi dan memori, aroma wangi membuat tidur lebih baik" kata CEO dari NSF, David Cloud, dikutip dari Huffingtonpost.