Tuesday, October 15, 2013

Mari Lihat Isi Kandungan Daging Lembu Dan Kambing

Daging kambing dan lembu menjadi hidangan utama sepanjang perayaan Aidiladha ini. Bagi mereka yang memiliki penyakit atau menjaga pemakanan sihat, mengetahui isi kandungan makanan adalah hal penting termasuk juga mengetahui isi kandungan daging. 


Menurut laman web pengawas makanan US, USDA dan nutrition, daging lembu adalah sumber protein yang baik. Ia juga sumber zat besi, vitamin B12, Selenium dan rendah sodium. Apa yang dibimbangi, daging ini banyak mengandungi kolesterol dan lemak trans yang buruk bagi kesihatan.