Wednesday, September 25, 2013

Mengenal Pasti Penyakit Melalui Kuku

KUKU yang bersih dan sentiasa terawat akan kelihatan cantik.  Merawat kuku bukan sekadar sebahagian dari ritual kecantikan. Keadaan dan bentuk kuku sebenarnya memberi petunjuk atau menjadi indikator tahap kesihatan anda.

Hanya dengan melihat perubahan warna kuku, seseorang boleh mengenal pasti mengesan jenis penyakit yang sedang dideritanya. Berikut beberapa penyakit yang dapat dikenal pasti melalui keadaan kuku:

Hepatitis
Kuku putih bukan bererti anda sedang sihat, sebab ketika kuku berwarna putih dengan hujung atas berwarna gelap, kondisi ini menandakan adanya masalah pada hati, seperti hepatitis.

Diabetes
Kuku yang berwarna kuning, sering disebut  "sindrom kuku kuning", menandakan diabetes. Keadaan ini adalah disebabkan tingginya glukosa yang menyebabkan tumpukan protein kolagen pada kuku. Tompokan protein itulah yang membuat kuku nampak seperti menguning.