Friday, August 23, 2013

Nombor Pendaftaran Kenderaan Termahal di Dunia, RM 30 Juta

Seorang ahli perniagaan telah menolak tawaran lebih daripada £6 juta [RM 30 juta] untuk plat nombor pendaftaran kenderaan bernombor 'F1', cukup untuk membeli 600 buah kereta Ford Fiesta.  
 
Lima tahun yang lalu, Afzal Kahn yang merupakan seorang usahawan telah membuat kejutan apabila beliau sanggup membayar untuk mendapatkan plat kenderaan yang paling menarik di dunia iaitu 'F1' bernilai £440,000 [RM2.2 juta] pada tahun 2008. No kenderaan tersebut khas untuk kereta istimewanya, Bugatti Veyron super.