Tuesday, July 16, 2013

Rawatan Kecantikan Anti Penuaan Dengan Lendir siput?

Jika selama ini siput merupakan musuh utama para petani di kebun atau di ladang pertanian, kini siput menjadi rakan utama dalam bidang kecantikan.  Rahsia kebaikan lendir yang ada pada siput kini menjadi antara bahan utama di Jepun sebagai salah satu cara merawat anti penuaan.

Revolusi baru menggunakan siput sebagai satu kaedah rawatan kecantikan kulit telah diiktiraf dan diamalkan di salon-salon kecantikan di Jepun. Siput-siput hidup dibiarkan menjelajahi seluruh bahagian dengan meninggalkan lendir pada kulit wajah.  

Lendir siput mengandungi campuran protein yang kuat, antioksidan dan asid hyularonic, dikatakan dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit, melegakan keradangan dan membuang kulit mati.