Saturday, July 13, 2013

Nokia Melancarkan Lumia 1020 Dengan Kamera 41MP

Selepas beberapa minggu penuh dengan khabar angin mengenainya, Stephen Elop secara rasminya telah melancarkan model ‘cameraphone’ terbaru yang berasakan Windows Phone 8 iaitu Nokia Lumia 1020 di majlis ‘Nokia Zoom Reinvented’ yang diadakan di New York.
Tarikan terbesar yang terdapat pada Nokia Lumia 1020 ialah kamera 41MP autofocus pureview nya yang tidak boleh didapati pada mana-mana telefon pintar. Kamera ini juga dilengkapi dengan 1/1.5″ BSI sensor, 6-lensa optik Zeiss dan juga flash LED untuk rakaman video.