Monday, July 8, 2013

Galaxy Note 3... Spesifikasi Hardware Segalanya Superb!

Berita tentang phablet Galaxy Note 3 dari Samsung kembali muncul. Kali ini berupa spesifikasi hardware yang akan digunakannya.   

Dari sumber yang dipetik dari web teknologi Slashgear, salah satu ciri keistimewaan gadget popular milik Samsung ini akan menggunakan RAM berkapasiti besar, iaitu sebesar 3GB.  

Layar Galaxy Note III dikatakan berukuran 5,99 inci dengan resolusi Full HD (1920 x 1080) manakala jenis panel display adalah Super AMOLED, dan kameranya pula 13 mega pixel.

Ukuran tersebut lebih besar setengah inci dari Galaxy Note II, yang memiliki paparan layar 5,5 inci.