Tuesday, June 25, 2013

Tanda-Tanda Anak Anda Menghidap Kanser

Kanser pada dasarnya merupakan penyakit yang boleh diubati dan sembuh jika dapat dikesan sejak peringkat awal dan kemungkinan sembuhnya mencapai 80%. Maka, penting bagi orang tua khususnya untuk mengenal pasti tanda-tanda kanser sejak awal lagi.

Kanser, secara umum terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama merupakan kanser jenis cair iaitu darah dengan istilah leukemia, dan yang kedua adalah kelompok tumor padat.

Tumor padat dapat ditemui hampir pada semua organ tubuh seorang anak, dari kepala sampai hujung kaki. Ibu bapa biasanya dapat mengesan tumor atau benjolan pada tubuh seorang anak semasa memandikannya. Ketika menemui benjolan, maka orang tua perlu memeriksanya di klinik untuk mengonfirmasi benjolan tersebut sama ada kanser atau bukan.


Berikut adalah perkara-perkara yang harus diamati orang tua apabila melihat atau meraba benjolan seperti yang disalin dari buku "Waspada dan Kenali Kanser Pada Anak Sejak Peringkat Awal"  yang disusun oleh Dr. Edi