Thursday, June 20, 2013

Al Kisah..Kena Campak Dari Keretapi

Empat pengembara lelaki dari Malaysia, Bangla, Cuba dan Amerika, duduk menghadap antara satu sama lain dalam sebuah kereta api. 
Tidak lama kemudian, Mat Amerika mengeluarkan sebatang rokok lalu menyalakannya rokoknya dengan membakar not USD100. Melihat tiga pengembara yang duduk bersebelahan seperti terkejut, dengan selamba dia berkata, " Its ok. Too many dollars in my country."

Tiba-tiba Mat Cuba pula mengeluarkan sekotak cerut yang berjenama dan mahal, lalu dicucuh sebatang dan membuang yang lainnya ke tingkap. Ketiga-tiga pengembara yang duduk berhampirannya juga terkejut dengan perbuatan Mat Cuba. Kemudian Mat Cuba berkata, " Never mind, too many cigar in my country."

Belum sempat Mat Bangla hendak bertanya kepada Mat Cuba, tiba-tiba Mat Malaysia mengangkat dan mencampak Mat Bangla keluar melalui tingkap.  Apa lagi Mat Cuba dan Mat Amerika pun amatlah terkejut dengan tindakan Mat Malaysia tadi lalu mereka pun bertanya, "Why you done that?" Maka dengan selamba Mat Malaysia pun berkata, " Dont worry, too many Bangla in my country."  :) [pelbagai sumber]