Friday, June 14, 2013

Jam Tangan Ternipis di Dunia

Jam tangan paling nipis di dunia dibuat daripada keluli fleksibel dengan bateri yang tahan lama sehingga 15 tahun. 
Jam tangan yang hanya 0.8mm tebal ini telah direka dengan menggunakan bahan keluli tahan karat.

Jam tangan CST-01 adalah lebih nipis daripada kad kredit dan paparan waktu pada jam tersebut adalah daripada sejenis dakwat elektronik. Dakwat Elektronik ini direka bentuk menggunakan teknologi yang sama seperti skrin pada Kindle e-reader.