Monday, March 11, 2013

Hebat! Dua Pelajar Sekolah Tinggi Indonesia Mencipta Penyegar Udara Daripada Tahi Lembu

Dua pelajar Sekolah Tinggi Indonesia, Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki memenangi hadiah pertama dalam Projek Sains Olympiad negara hasil ciptaan mereka membuat  penyegar udara daripada najis lembu yang mesra alam.

Penyegar udara itu dikatakan mempunyai wangian herba semulajadi dan  baik untuk kesihatan manusia kerana penyegar udara ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya seperti produk penyegar udara lain di pasaran.