Wednesday, February 27, 2013

Tembikai Menurunkan Tekanan Darah, Melambatkan Proses Penuaan

Selain manis dan menyegarkan, buah tembikai mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh. Beikut antara khasiat buah tembikai;

1. Cegah penyakit jantung dan kanser prostat
Buah tembikai memiliki banyak kandungan lycopene, antioksidan pada tanaman yang terkenal mampu melawan penyakit jantung dan kanser prostat.

2. Mencegah penuaan
Buah tembikai merupakan sumber makanan yang kaya akan likopen, vitamin C dan vitamin A. Semua nutrien ini dapat mengurangkan paparan radikal bebas yang menyebabkan garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik hitam pada kulit.

Kandungan antioksidan dalam buah tembikai juga mengurangkan radikal bebas dalam tubuh dan mencegah semua tanda-tanda penuaan kulit.