Saturday, February 9, 2013

Tidur Berdengkur Berisiko Stroke dan Serangan Jantung

Sering mendengkur atau ngorok semasa tidur sebenarnya boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke lebih besar daripada mereka yang kelebihan berat badan, merokok atau memiliki kolesterol tinggi.

Walaupun mendengkur kerap terjadi pada orang yang terlebih berat badan, namun sekitar 40 peratus lelaki dan 24 peratus wanita adalah pendengkur @ tukang ngorok. Akhir-akhir ini para pengkaji sangat peduli dengan hubungan antara mendengkur dan penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan stroke. Namun para pengkaji memberi peringatan implikasi kesihatan boleh jauh lebih buruk daripada yang dijangkakan sebelumnya.