Subscribe Us

Kerap Mengunyah Gula-Gula Getah Menyebakan Migrain? Ini Sebabnya...

Bukan kerana rasanya yang manis atau bahan yang berbahaya, tetapi kegiatan mengunyah terus menerus ketika makan gula-gula getah atau chewing gum boleh menyebabkan migrain. Hasi kajian oleh para ilmuwan Tel Aviv University dari Meir Medical Centre di Israel mendapati 87 peratus remaja mengalami migrain kerana makan gula-gula getah .

Menurut ketua penyelidikan, Dr Nathan Watemberg, mengunyah gula-gula getah telah menyebabkan stres pada sendi temporomandibular (sendi kompleks di rahang) yang bergerak terus menerus sehingga telah menyebabkan sakit kepala.

"Sebelum ini kajian lain yang dilakukan mengatakan bahawa aspartam pada pemanis buatan yang digunakan di sebahagian besar gula-gula getah menyebabkan sakit kepala, tetapi kami memerhatikan banyak pasien melaporkan sakit kepala kerana mengunyah gula-gula getah setiap hari," kata Watemberg, seperti disalin dari laman Dailymail.
Mengetahui hal tersebut, Dr Watemberg meminta 30 pasiennya yang berusia 6 hingga 19 tahun yang mengadu migrain diminta supaya berhenti mengunyah gula-gula getah selama satu bulan.  Hasilnya, tidak ada lagi yang mengeluh kerana migrain.
"19 dari 30 pasien melaporkan bahawa sakit kepala mereka benar-benar hilang dan tujuh melaporkan bahawa mereka jarang migrain lagi," ungkapnya.

Dr Watemberg menambahkan, aspartam pada gula-gula getah bukanlah alasan yang tepat penyebab migrain kerana jika aspartam berpengaruh, bererti minuman berperisa tiruan juga boleh menyebabkan migrain. [dailymail]

Catat Ulasan

1 Ulasan

betul banget saya sering merasakannya