Subscribe Us

Berapa Jumlah Diperlukan Pengambilan Daging Merah Setiap Hari

Meskipun protein daripada daging sangat penting, namun masyarakat kita masih kurang mengambil sumber protein seperti daging.

Berbeza sekali dengan penduduk di negara maju seperti Amerika Syarikat di mana menurut data National Health and Nutrition Examination Survey pada 1999 sampai 2004, pengambilan makan daging di Amerika ternyata jauh dari rata-rata yang dianjurkan, iaitu 1.7 aun setiap hari atau 18kg setahun.

Baru-baru ini Jabatan Pertanian AS mengumumkan jumlah harian protein yang disarankan bergantung kepada usia seperti disalin dari Nydailynews, berikut perrinciannya:
Wanita
1. Antara 19 hingga 30 tahun dianjurkan makan 5.5 aun daging per hari
2. Antara 31-50 tahun dianjurkan makan 5 aun daging per hari

Lelaki
1. Antara 19 hingga 30 tahun dianjurkan makan 6.5 aun daging per hari
2. Antara 31-50 tahun dianjurkan makan 6 aun daging per hari

Protein diketahui memiliki peranan penting dalam pembentukan sistem kekebalan (imuniti) sebagai antibodi, sistem kendali dalam bentuk hormon. 

Protein merupakan bahagian terpenting dari diet. Protein haiwan juga membantu meningkatkan penyerapan kalsium, yang merupakan bahagian integral dari kesihatan tulang. Selain itu, protein meningkatkan kekuatan otot dan memperbaiki serat otot yang rosak. [Nydailynews/liputan6.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan