Subscribe Us

Makanan Untuk Meningkat Kesuburan Sperma


Seorang penyelidik di AS berjaya menemui hubungan antara sayuran dan peningkatan jumlah sperma bagi lelaki. Sayuran yang baik untuk lelaki ternyata adalah lobak merah atau buah-buahan dan sayuran berwarna oren dan kuning.


Menurut pengkaji, lobak merah terutamanya dapat meningkatkan penghasilan  sperma. Perkara ini juga dipersetujui oleh para peneliti di Harvard University School of Public Health yang mendapati bahawa buah limau dan buah-buahan berwana kuning dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.


Seperti disalin dari Nydailynews, lobak merah mengandungi tinggi beta karoten dan antioksidan. Peneliti menilai, lobak ini dapat meningkatkan keupayaan sperma atau kemampuannya untuk berenang menuju sel telur sehingga 8%. Selain lobak merah, bayam dan salad juga memiliki lutein, karotenoid atau antioksidan yang memiliki kesan yang sama terhadap keupayaan sperma berenang menuju sel telur. 


"Untuk membuat lelaki muda yang sihat, perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi karotenoid agar sperma berupaya bergerak lebih pantas dan lebih baik. [Nydailynews]

Catat Ulasan

0 Ulasan