Sunday, November 24, 2013

Bahaya Layar Sentuh Buat Anak Bawah Umur

Jangan biarkan anak anda terlalu asyik dengan tablet kerana ini akan memberi kesan tidak baik jangka panjang dengan perkembngan otot tangan dan jari. 

Pakar pusat rawatan  terapi,  di Maryland, Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli mengatakan bahawa  apabila kanak-kanak menggunak tablet sentuh 'touchscreen' jari kanak-kanak tersebut tidk dapat membina otot yang diperlukan.

Jika anak dibiarkan terus-menerus memakai layar sentuh, otot tangan mereka akan lemah. Mereka akan mengalami kelewatan pertumbuhan otot atau kelemahan otot di beberapa bahagian. 

Dr. Timothy Doran, doktor kanak-kanak dari Greater Baltimore Medical Centre , mengatakan bahawa penggunaaan layar sentuh tiga hngga empat jam sehari tanpa pengawasan orang tua boleh membahayakan perkembangan anak.

Lebih baik kanak-kanak diberikan kertas dan pensil supaya otot tangan dan jarinya dapat berfungsi dengan baik dan kuat.  

Mereka juga mengatakan kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak perlu menghabiskan masa apa-apa di hadapan skrin.  Akhirnya, garis panduan yang mencadangkan televisyen, tablet dan komputer hendaklah disimpan keluar dari bilik kanak-kanak.

Ahli Fisioterapi Lorna Taylor mengatakan, gaya hidup modern dan peningkatan penggunaan teknologi membawa efek buruk bagi kesihatan anak. Jika tidak ditangani, akan memiliki efek besar bagi generasi akan datang.

Ia adalah penting kita memupuk tabiat yang baik dan menyediakan sumber-sumber supaya kanak-kanak boleh selesa, dapat menumpukan perhatian, mencapai potensi penuh mereka dengan bermain dan bersukan.

3 comments:

harumankasehvee said...

anak - anak perlu di pantau sebelum melarat ...

Mama Aida said...

Teknologi merosakkan minda...bagus anak di bawa keluar...main tanah...main cacing mcm dulu2...berkembang minda....susah mendidik anak skrg..byk dugaan..

thomas said...

susah nak control zaman ni,
semuanya nak main touch je.