Thursday, November 28, 2013

Banyakkan Makan Buah Untuk Hindari Komplikasi Kehamilan dan Kelahiran

Menjaga berat badan, tekanan darah normal dan memiliki pola makan yang sihat amat bermanfaat bagi wanita yang sedang hamil kerana menurut penyelidik, wanita dengan diet sihat hampir tidak ada masalah semasa kehamilan.

Dari hasil penelitian yang diterbitkan dalam British Medical Journal, para ahli menemukan bahwa diet yang sihat termasuk pengambilan banyak makan buah (sekurang-kuragnya tiga biji sehari) dalam sebulan menjelang konsepsi akan membuat wanita sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran dalam keadaan baik  dan lancar.

"Penemuan ini menunjukkan bahawa dengan menjalani pola hidup sihat baik sebelum dan selama kehamilan termasuk makan banyak buah dan mempertahankan BMI sihat, mungkin perempuan akan mengalami kehamilan tanpa komplikasi," kata penulis utama studi dari King College London, Dr Lucy Chappell, seperti dalam ditulis News.

Tuesday, November 26, 2013

Kalau awak mengaku diri tu orang, jangan ikut perangai ni... 9 Jenis Haiwan Yang Bertukar Pasangan

Fenomena bertukar pasangan terbukti mengadopsi kebiasaan primitif, bahkan liar.  Bertukar pasangan jamak dilakukan dalam dunia haiwan. Malangnya ada manusia yang suka bertukar pasangan atas nama kebebasan. 

Livescience dalam rubriknya, Animalscience, mencatatkan ada beberapa haiwan yang melakukan pertukaran pasangan untuk melakukan reproduksi.
Berikut ini sembilan haiwan yang sering bertukar pasangan.

1. Tikus Berkantong Brown antechinus 
Betina Brown antechinus selama dua minggu pada musim reproduksi melakukan aktiviti mengawan dengan lebih dari satu jantan. Proses mengawan yang dilakukannya menghabiskan waktu 5 hingga 14 jam. 

Sunday, November 24, 2013

Bahaya Layar Sentuh Buat Anak Bawah Umur

Jangan biarkan anak anda terlalu asyik dengan tablet kerana ini akan memberi kesan tidak baik jangka panjang dengan perkembngan otot tangan dan jari. 

Pakar pusat rawatan  terapi,  di Maryland, Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli mengatakan bahawa  apabila kanak-kanak menggunak tablet sentuh 'touchscreen' jari kanak-kanak tersebut tidk dapat membina otot yang diperlukan.

Jika anak dibiarkan terus-menerus memakai layar sentuh, otot tangan mereka akan lemah. Mereka akan mengalami kelewatan pertumbuhan otot atau kelemahan otot di beberapa bahagian. 

Dr. Timothy Doran, doktor kanak-kanak dari Greater Baltimore Medical Centre , mengatakan bahawa penggunaaan layar sentuh tiga hngga empat jam sehari tanpa pengawasan orang tua boleh membahayakan perkembangan anak.

Wednesday, November 20, 2013

Mengapa Kram, Kejang Otot Malam Hari dan Cara Mencegahnya

Kram atau kejang di betis atau kaki pastinya sangat menyakitkan. Kram kaki pada malam hari boleh berlaku kepada semua usia, terutamanya bagi wanita selama kehamilan, dan pada orang tua.

Bagi kalangan muda, kram terjadi kerana disebabkan rendahnya kadar natrium dalam darah. Kram terjadi akibat pepeluhan setelah selesai bersukan ketika cuaca panas atau sedikitnya kadar garam dalam diet (pola makan).

Penyebab lainnya ialah apabila berlaku perubahan dan sirkulasi darah pada saraf kaki juga berkaitan dengan kram. 
Kram disebabkan oleh kejang otot ketika serat otot berkontraksi atau menyusut. Penyakit tiroid dan diabetes juga mungkin memicu kram.

Friday, November 15, 2013

Cara Menyeduh Teh Yang Betul

Walaupun cara minum teh identik dengan budaya dan tradisi, tetapi ada baiknya untuk mengubah kebiasaan menyeduh teh atau merendaam teh menggunakan air matang yang hangat, bukan air panas apa lagi mendidih. 

Pengasas komunii pecinta teh, Ratna Soemantri mengatakan, menyeduh teh dengan air mendidih sudah menjadi kebiasaan masyarakat.  Cara yang paling baik jika hendak merendam teh ialah dengan air bersuhu 70 darjah Celsius.

"Pada suhu tersebut, seseorang dapat merasakan rasa dan manfaat kesihatannya. Selain itu pastikan kebersihan airnya kerana ini juga akan mempengaruhi rasa dan aroma teh. Air yang digunakan juga tidak boleh berbau dan berasa," jelasnya.

Wednesday, November 6, 2013

Makanan Untuk Meningkat Kesuburan Sperma...

Seorang penyelidik di AS berjaya menemui hubungan antara sayuran dan peningkatan jumlah sperma pada lelaki. Sayuran yang baik untuk lelaki ternyata adalah lobak merah atau buah-buahan dan sayuran berwarna oren dan kuning.

Menurut pengkaji, lobak merah terutamanya dapat meningkatkan penghasilan  sperma. Perkara ini juga dipersetujui oleh para peneliti di Harvard University School of Public Health yang mendapati bahawa buah limau dan buah-buahan berwana kuning dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.