Saturday, October 26, 2013

Berlian Termahal RM200 Juta

Ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1999 di kawasan perlombongan gergasi De Beers.  Proses memotong dan menggilap permata merah jambu ini mengambil masa selama 2 tahun untuk memastikan ia benar-benar unik dan istimewa.

Batu berlian yang dikenali sebagai 'the Pink Star' 59.60 karat ini bakal menjadi batu permata termahal di dunia sehingga mencecah £40million atau RM200 juta dalam upacara lelongan yang akan diadakan di Sotheby's, Geneva pada bulan depan.

Selain saiznya yang besar yang jarang ditemui, ia juga mempunya kedalaman warna yang luar biasa

Friday, October 25, 2013

Bilik Tidur Harum Membantu Kualiti Tidur

Jangan biarkan bilik tidur anda beraroma tidak sedap, kerana aroma pada bilik tidur ternyata mempengaruhi kualiti tidur.

Menurut hasil kajian dan penelitian yang dilakukan oleh National Sleep Foundation's (NSF), sebahagian besar responden di Amerika Serikat, Kanada, Mexsico, Inggris, Jerman dan Jepun mengaku merasa tidur lebih santai jika bilik tidur harum.

"Penelitian telah menunjukkan bahawa aroma memainkan peranan yang kuat dalam relaksasi dan memori, aroma wangi membuat tidur lebih baik" kata CEO dari NSF, David Cloud, dikutip dari Huffingtonpost.

Monday, October 21, 2013

Kopi Melipatgandakan Kualiti Seks Wanita

Jika anda ingin mendapatkan kualiti seksual dalam aktiviti bercinta dengan pasangan anda, amalkanlah minum kopi hitam. Ianya adalah pilihan yang baik dibandingkan kita mengkonsumsi ubat-ubatan," kata Zoya Amirin, pakar Psikologi Seksual pertama di Indonesia.

Ritual minum secawan kopi juga menjadikan aktiviti bersama pasangan amat menyenangkan . "Wanita dan secangkir kopi hitam, saya kira itu juga merupakan hal seksi yang dapat membangkitkan ghairah pasangannya", lanjut Zoya.

"Kopi secara alami dapat memicu tubuh kita memproduksi hormon endorfin, ini adalah senyawa kimia yang membuat kita merasa senang dan nyaman hingga membuat kita berenergi," ujarnya.

Saturday, October 19, 2013

Pembuat Filem Menghina Islam [Fitna] Naik Haji

Pada awal tahun 2008 yang lalu, Arnoud Van Doorn pernah membuat gempar di seluruh dunia. Bersama Geert Wilders, dia membuat filem berjudul Fitna yang dinilai menghina umat Islam dan Alquran.

Pada awal tahun ini, tepatnya 27 Februari, Van Doorn sekali lagi mengejutkan dunia. Melalui twitter, mantan politikus Parti Kebebasan Belanda itu mengumumkan dirinya masuk Islam. Dan pada tahun ini pula dia berangkat ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah haji.

"Saya menemukan diri saya di antara hati-hati yang yakin. Saya berharap air mata penyesalan saya mengeluarkan semua dosa-dosa," kata Van Doorn dikutip dari Saudi Gazette.

Friday, October 18, 2013

Bugatti Veyron Emas Pak Arab RM5 Juta

Bugatti Veron berwarna emas dan hitam milik jutawan Arab berharga  £1million pound, atau lebih kurang RM5 juta menjadi tarikan utama penduduk Britain.  Kereta ini diterbangkan khas dari Arab ke Britain untuk kerja-kerja mengecat.  Keunikan gabungan warna emas dan hitam telah menjadikan kereta ini sangat hebat. 
Supercar: The car is powered by an 8-litre engine which develops around 1,000bhp - giving the Grand Sport a 0-62mph time of 2.7 seconds and a staggering top speed of 252mph

Tuesday, October 15, 2013

Mari Lihat Isi Kandungan Daging Lembu Dan Kambing

Daging kambing dan lembu menjadi hidangan utama sepanjang perayaan Aidiladha ini. Bagi mereka yang memiliki penyakit atau menjaga pemakanan sihat, mengetahui isi kandungan makanan adalah hal penting termasuk juga mengetahui isi kandungan daging. 


Menurut laman web pengawas makanan US, USDA dan nutrition, daging lembu adalah sumber protein yang baik. Ia juga sumber zat besi, vitamin B12, Selenium dan rendah sodium. Apa yang dibimbangi, daging ini banyak mengandungi kolesterol dan lemak trans yang buruk bagi kesihatan. 

Sunday, October 13, 2013

Ini Yang Terjadi Pada Tubuh Saat Minum Soda

Meminum setin minuman bersoda pada siang hari benar-benar menggiurkan. Rasa dahaga segera berganti dengan kesegaran. Namun, tahukah anda, apa yang terjadi di dalam tubuh saat soda masuk ke dalamnya? Berikut ini ulasannya, seperti disalin dari laman Daily Health Post. 

10 Minit Pertama
Kandungan gula yang mencapai 10 sudu teh akan segera masuk ke dalam sistem tubuh. Kita memang tidak akan muntah kerana rasa manis yang luar biasa. Asid fosfat yang terkandung di dalamnya akan memotong rasa itu. 

20 Minit Kadar gula dalam tubuh akan meningkat yang akhirnya menaikkan kadar insulin. Hati kita akan mengatasinya dengan mengubah gula tersebut menjadi lemak.

Thursday, October 10, 2013

Belum Pernah di Lihat: Memang Luar Biasa

Jarang berlaku dan jarang kita lihat kejadian yang agak pelik dan luar biasa seperti dalam gambar di atas.  Peristiwa ini sempat dirakam oleh seorang jurugambar, Azam Husin di Lucknow, Utara India di mana hubungan antara dua haiwan berlainan spesies menunjukkan rasa bertanggungjawab untuk membantu yang dalam keadaan kesukaran. 

Seekor tikus yang sedang berjuang untuk hidup terperangkap di tengah- tengah sebuah kolam besar dengan berpaut pada sisa-sisa sampah.

Tidak semena-mena seekor katak menghampirinya memberikan pertolongan.   Dengan rela hati katak memberikan laluan kepada tikus berpaut di belakang badannya lalu membawanya ke tepi kolam.  Baiknya katak ni...
[dailymail]

Wednesday, October 9, 2013

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Tekanan

Anda mengalami tekanan di tempat kerja? Atau cuaca yang panas membuatkan anda berasa tertekan? Jangan risau. Makanlah makanan yang boleh membebaskan anda daripada stres seperti senarai di bawah:

Oren 
Kajian dari German menunjukkan bahawa vitamin C membantu untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal semula. Vitamin C juga dikenali untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.