Friday, September 6, 2013

Secara Rasminya Note 3 Berada di Pasaran 25 September

Samsung secara rasminya telah melancarkan phablet generasi ketiga mereka iaitu Galaxy Note III di sidang pameran elektronik IFA yang sedang berlangsung di Berlin dan merupakan antara peranti yang dinanti-nantikan tahun ini.

Galaxy Note III akan mula dijual di lebih 140 negara seluruh dunia termasuk negara Malaysia mulai 25 hb September ini.
Seperti laporan sebelum ini banyak spesifikasi Galaxy Note III memang telah diduga. Untuk pengetahuan anda, Galaxy Note III akan dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED 5.-7inci,  dua pilihan pemproses iaitu 2.3GHz Snapdragon 800 atau 1.9GHz Exynos Octa CPU yang akan disertakan dengan RAM 3GB.
Note 3 merupakan peranti pertama Samsung dengan 3GB RAM dan akan ditawarkan dalam dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB serta mempunyai bateri berkapasiti 3200 mAh yang mampu memberikan anda jangka hayat peranti yang lebih lama. Note3 akan hadir dengan menggunakan OS Android 4.3 Jelly Bean yang disertakan dengan TouchWiz UI
Galaxy Note III juga mempunyai kamera 13-megapiksel dengan optik penstabilan imej dan penstabilan rakaman video HD. Peranti phablet daripada Samsung ini menawarkan beberapa warna iaitu hitam ‘Jet Black’, putih ‘Classic White’ dan merah jambu ‘Blush Pink’.

Walaubagaimanpun, masih tiada sebarang petunjuk mengenai apakah harga yang akan ditetapkan bagi peranti ini.  Model ini dijangka akan dijual dengan harga yang bermula dari RM 2399 bagi  model 32GB. [mobile88]












No comments: