Wednesday, September 25, 2013

Mengenal Pasti Penyakit Melalui Kuku

KUKU yang bersih dan sentiasa terawat akan kelihatan cantik.  Merawat kuku bukan sekadar sebahagian dari ritual kecantikan. Keadaan dan bentuk kuku sebenarnya memberi petunjuk atau menjadi indikator tahap kesihatan anda.

Hanya dengan melihat perubahan warna kuku, seseorang boleh mengenal pasti mengesan jenis penyakit yang sedang dideritanya. Berikut beberapa penyakit yang dapat dikenal pasti melalui keadaan kuku:

Hepatitis
Kuku putih bukan bererti anda sedang sihat, sebab ketika kuku berwarna putih dengan hujung atas berwarna gelap, kondisi ini menandakan adanya masalah pada hati, seperti hepatitis.

Diabetes
Kuku yang berwarna kuning, sering disebut  "sindrom kuku kuning", menandakan diabetes. Keadaan ini adalah disebabkan tingginya glukosa yang menyebabkan tumpukan protein kolagen pada kuku. Tompokan protein itulah yang membuat kuku nampak seperti menguning.

Jika ada gejala lain seperti peningkatan rasa haus atau frekuensi buang air kecil, sebaiknya segera berjumpa doktor dan buat pemerikssan kadar gula darah.

Gejala Melanoma
Apabila anda menemukan ada garis hitam pada kuku anda, hal itu ada kaitannya dengan gejala melanoma atau dikenali dengan kanser kulit dari jenis yang paling berbahaya.

Alergi
Sering ditemui adanya bintik-bintik putih pada kuku. Sebahagian orang percaya, itu tanda kekurangan kalsium. Belum tentu. Bintik-bintik putih adalah disebabkan luka pada kuku atau, berkemungkinan itu merupakan reaksi alergi terhadap cat kuku atau infeksi ringan.

Asma
Asma atau penyakit pernafasan biasanya ditandai dengan kuku yang menebal dan tumbuh lebih lambat.

Jantung
Perubahan kuku juga menjadi tanda masalah jantung. Biasanya kuku mengalami pendarahan yang terlihat dengan adanya garis merah dan cokelat. Ertinya, ada infeksi pada jantung yang berhubungan dengan pembuluh darah.

Anemia
Satu lagi gejala yang dinamakan "kuku sendok" dimana kuku tumbuh melengkung ke atas. Posisi cekung itu bahkan boleh menampung beberapa titis air. Jika ini terjadi, kemungkinan tubuh kekurangan zat besi, hipotiroidisme, atau menderita penyakit hati. [suaramerdeka]

4 comments:

mama_ka0ri said...

bagus info ni!!

jamu pelangsing tradisional said...

wah oke juga infonya

Sya Mimie said...

info yng menarik.. syukur xde gjala tu..

mimi cita said...
This comment has been removed by the author.