Saturday, September 28, 2013

5 Sebab Mengapa Seks Menjadikan Isteri Anda Lebih Cantik

Make-up dan rawatan kecantikan membuatkan seseorng wanita kelihtan lebih cantik, tetapi anda sebenarnya mempunyai kaedah rawatan yang lebih mudah, semula jadi malah mengasyikkan, bagaimana?  Ya, dengan seks yang halal secara teratur adalah kunci rawatan kecantikan seorang wanita yang bernama isteri.  Berikut adalah lima sebab mengapa seks perlu menjadi alat rawatan kecantikan anda :

1 . Natural Makeup
Apabila seseorang berasa teruja, anda akan vasolidate yang bermakna semasa berlakunya hubungan suami isteri, saluran darah anda memperluas dan akan meningkatkan aliran darah. Ini adalah proses yang berlaku dalam hubungan seks dimana urat dan arteri di dalam badan mendapat senaman yang baik. Oleh itu , darah bergerak lebih cepat dan lebih dekat kepada kulit, menjadikan kulit anda kelihatan segar semulajadi.

2 . Kulit Cantik
Semasa berlangsungnya hubungan intim, otak kita akan mengeluarkan sejenis hormon yang meningkatkan pengeluaran kolagen secara langsung membantu menjaga kulit anda kelihatan segar dan anjal. 
3. Rambut yang subur
Rambut yang sihat adalah disuburkan oleh aliran darah yang baik. Jadi hubungan suami isteri dapat membantu mempercepat aliran darah ke setiap bahagian anggota tubuh.  Setiap folikel mempunyai saluran darah yang melekat padanya , jadi dengan aliran darah, ia membawa nutrien yang amat diperlukan ke pelbagai bahagian badan dengan lebih cepat termasuk kepala dan rambut anda.

4 . Kedutan & Tekanan
Semasa seks , kita mengalami pelbagai hormon termasuk serotonin, dopamin, prolaktin dan oksitosin. Hormon-hormon ini berperanan untuk kita merasai kenikmatan dan kebahagiaan selepas melakukan hubungan intim tersebut. Jadi secara semula jadi, ia akan menurunkan atau mengurangkan tahap tekanan jangka panjang dan membantu mencegah kedutan.

5 . Bod Killer
Seks adalah senaman kardio yang baik. Kesan yang anda dapat adalah badan lebih langsing kerana dalam tempoh aktiviti seks, ianya membantu anda membakar 170 kalori. Seks juga membantu membuat anda lebih muda. Satu kajian oleh Hospital Royal Edinburgh mendapati bahawa pasangan yang mengadakan hubungan seks tiga kali seminggu akan kelihatan 10 tahun lebih muda daripada orang dewasa purata yang mempunyai hubungan seks hanya dua kali seminggu. [health.mylaunchpad]

No comments: