Thursday, August 29, 2013

Samsung Galaxy Note 3 Mempersembahkan Video 4K

Telefon pintar yang akan datang Samsung Galaxy Note 3 mungkin menjadi telefon pintar yang “pertama” dilengkapi kamera dengan teknologi rakaman ‘Ultra High Definition ‘  yang mempunyai  resolusi 3840×2160.

Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum majlis pengumuman IFA 2013 masih terdapat lagi info-info yang terkini. Sementara Ultra HD kedengaran amat hebat, tetapi ia masih tidak berguna kerana tiada lagi telefon pintar yang boleh memainkan semula video yang menggunakan resolusi tinggi. 

Ramai yang mengatakan ia tidak berguna kerana “Ultra HD” TV mempunyai harga yang agak mahal. Namun, tidak dapat dinafikan apabila teknologi seperti ini dimasukan kepada peranti ini, Note 3 mengambil satu langkah kehadapan.
Dari segi spesifikasi lain Galaxy Note 3 mempunyai skrin paparan Full HD Super AMOLED 5.7-inci dengan resolusi 1920×1080, dilengkapi kamera belakang 13-megapiksel mempunyai bateri berkapasiti 3200mAh dan bersertakan dengan 32GB memori simpanan dalaman manakala cip pemproses  Note 3 akan dilancarkan dengan dua versi. Versi berikut adalah Snapdragon 800 SM-N9005 (LTE) dan juga Exynos 5420 SM-N9000 yang berasaskan Android 4.3 (Jelly Bean)

Kepada anda semua sila tunggu bersama kami, kami akan membawakan berita terbaru apabila majlis IFA 2013 yang akan datang bermula.[mobile88.com]

3 comments:

Shark Kay said...

samsung mmg hebat ngan teknologi..
mmg boleh bikin poket kering main gadget samsung nie.

thomas said...

semakin canggih samsung ni.

Cik Mun said...

wahhhhh..hebat