Friday, August 23, 2013

Nombor Pendaftaran Kenderaan Termahal di Dunia, RM 30 Juta

Seorang ahli perniagaan telah menolak tawaran lebih daripada £6 juta [RM 30 juta] untuk plat nombor pendaftaran kenderaan bernombor 'F1', cukup untuk membeli 600 buah kereta Ford Fiesta.  
 
Lima tahun yang lalu, Afzal Kahn yang merupakan seorang usahawan telah membuat kejutan apabila beliau sanggup membayar untuk mendapatkan plat kenderaan yang paling menarik di dunia iaitu 'F1' bernilai £440,000 [RM2.2 juta] pada tahun 2008. No kenderaan tersebut khas untuk kereta istimewanya, Bugatti Veyron super.


Setelah lima tahun berlalu kini terbukti ia menjadi pelaburan bijak dengan nilai plat pendaftaran yang semakin meningkat dengan lebih daripada sepuluh kali ganda selepas seorang individu ultra-kaya telah menawarkan harga yang tertinggi, sebanyak £6 juta pound [RM 30 juta]. 

'F1' begitu sinonim dengan perlumbaan kereta terhebat abad ini, Formula One.[dailymail.co.uk]

3 comments:

SecretOfShaila said...

padahal 2 huruf sahaja..tapi mahal..^^

Norhasniza Khalid said...

orang tak kisah pun nombor kereta tu.. membazir..

mama_ka0ri said...

F1 tuuuu...mmg susah dpt la...