Friday, August 2, 2013

Cuaca Panas Terik, Restoran Dalam Sungai Menarik Perhatian Pengunjung

Cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 40 darjah celcius melanda China memberi ilham kepada seorang peniaga makanan membuka restoran dalam sungai di Chongqing, Selatan China untuk menarik pelanggan tempatan mahupun pelancong dari luar.

Restoran yang diberi nama 'The River Cafe' menyediakan berpuluh-puluh meja di letakkan di sepanjang sungai dan boleh menampung sehingga 300 orang pelanggan. Deretan meja dan kerusi disepanjang sungai yang jernih telah menarik perhatian para pelancong yang ingin lari dari keadaan cuaca yang sangat panas ke tempat yang menyeronokkan memilih restoran ini untuk makan sambil berlibur. 
Sambil merendamkan kaki, para pelanggan menikmati makanan di bawah naungan pokok-pokok yang rimbun. [oddity.central

3 comments:

ASSOYFINGER67 said...

assalam...senang nak basuh tangan..huhu..jgn split dah ler..huhu

thomas said...

kena buka kasutlah

Ida Syuhada said...

dulu kalau tak salah di filipina restoran tepi air terjun