Thursday, August 29, 2013

Samsung Galaxy Note 3 Mempersembahkan Video 4K

Telefon pintar yang akan datang Samsung Galaxy Note 3 mungkin menjadi telefon pintar yang “pertama” dilengkapi kamera dengan teknologi rakaman ‘Ultra High Definition ‘  yang mempunyai  resolusi 3840×2160.

Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum majlis pengumuman IFA 2013 masih terdapat lagi info-info yang terkini. Sementara Ultra HD kedengaran amat hebat, tetapi ia masih tidak berguna kerana tiada lagi telefon pintar yang boleh memainkan semula video yang menggunakan resolusi tinggi. 

Ramai yang mengatakan ia tidak berguna kerana “Ultra HD” TV mempunyai harga yang agak mahal. Namun, tidak dapat dinafikan apabila teknologi seperti ini dimasukan kepada peranti ini, Note 3 mengambil satu langkah kehadapan.

Friday, August 23, 2013

Nombor Pendaftaran Kenderaan Termahal di Dunia, RM 30 Juta

Seorang ahli perniagaan telah menolak tawaran lebih daripada £6 juta [RM 30 juta] untuk plat nombor pendaftaran kenderaan bernombor 'F1', cukup untuk membeli 600 buah kereta Ford Fiesta.  
 
Lima tahun yang lalu, Afzal Kahn yang merupakan seorang usahawan telah membuat kejutan apabila beliau sanggup membayar untuk mendapatkan plat kenderaan yang paling menarik di dunia iaitu 'F1' bernilai £440,000 [RM2.2 juta] pada tahun 2008. No kenderaan tersebut khas untuk kereta istimewanya, Bugatti Veyron super.

Wednesday, August 21, 2013

Lima Makhluk Paling Ekstrim di Dunia

Terdapat beberapa makhluk hidup lain yang terbukti jauh lebih kuat daripada manusia.  Makhluk-makhluk hidup ini digelar "extremophiles". Mereka mampu bertahan hidup dalam lingkungan yang sangat panas, dingin, kering, masin, masam, bertekanan tinggi, atau mengandungi radioaktif.

Berikut adalah lima makhluk paling ekstrim di dunia seperti diwartakan oleh NationalGeographic.com.

1. Tardigrade dan tiaras [Gambar atas]
Berukuran sekitar 1 milimeter, tardigrade termasuk dalam jenis polyextremophile dan mampu hidup dalam berbagai kondisi ekstrim.

Tardigrade dapat bertahan dalam keadaan suhu teramat sejuk iaitu dari negatif -200 darjah celsius hingga -151 darjah celsius, mampu bertahan di lingkungan kurang air dan oksigen serta dalam kondisi alkohol yang mendidih. Makhluk ini juga ribuan kali lebih tahan terhadap paparan radiasi berbanding manusia.

Monday, August 19, 2013

Spesifikasi Galaxy Note 3 Diumumkan Secara Rasmi

Spesifikasi Galaxy Note III yang amat dinanti-nanti kan telah disahkan secara rasmi melalui blog rasmi Samsung, Sammobile. Galaxy Note 3 iaitu model utama kedua Samsung pada tahun ini selepas Galaxy S4 akan dilancarkan dengan 2 versi yang diberi kod nama SM-N900 dan SM-N9005

Samsung Galaxy Note III SM-N900 dilaporkan akan mempunyai pemproses Octa-core Exynos 5420 SoC dengan kelajuan 1.8GHz dan ARM Mali-T628 MP6 GPU

Tiada maklumat mengenai CPU dan GPU bagi versi SM9005 didedahkan buat masa ini namun, adalah hampir pasti model ini akan dilengkapi pemproses quad-core Qualcomm Snapdragon 800 Krait 400 dan Adreno 330 GPU. Sama seperti yang kami laporkan sebelum ini.

Tuesday, August 13, 2013

5 Makanan Paling Mahal di Dunia

Apa yang akan anda lakukan jika memiliki harta yang melimpah ruah di dunia ini? Mungkin sebahagian besar akan menjawab ingin membeli rumah, kenderaan mewah, atau keliling dunia.

Selain itu, anda boleh mencuba perkara lain seperti menikmati makanan yang luar biasa rasanya dengan harga yang tidak terjangkau oleh orang kebanyakan.
Berikut lima bahan makanan paling mahal di dunia seperti disalin dari  magforwomen.com:

1. Kaviar [gambar atas]
Kaviar selalu terkenal dengan harganya yang teramat mahal. Namun kaviar almas jauh lebih mahal lagi. Berasal dari Iran, kaviar jenis ini hanya dijual di satu tempat saja iaitu di Caviar House & Prunier di London.

Thursday, August 8, 2013

5 Cara Hentikan Bayi Menangis

Untuk menenangkan bayi ketika menangis bukan perkara yang mudah. Seringkali ibu beranggapan bahawa bayi menangis hanya disebabkan kelaparan lalu diberinya susu tetapi belum tentu dapat menenangkan bayi.

Seperti dikutip dari laman Dailymail, Vivienne Rogan, salah seorang penenang bayi yang berkelayakan di Britain mengutarakan teknik menenangkan bayi dengan mudah dan cepat.
Vivienne mengaku dengan 5 cara berikut, bayi akan lebih tenang hanya dalam beberapa minit.

1. Membedung bayi
Bedung bayi yang baru lahir.  "Bayi yang terbungkus kain itu akan tidur lebih lama pada malam hari. Metode ini bekerja dengan mereplikasi sebagaimana bayi begitu nyaman meringkuk ketika berada di dalam rahim ibunya. Ibu harus perhatikan selalu bayinya dan pastikan bayi tidak kepanasan dan juga lepaskan bedung jika tidur bayi tidak diam," kata Vivienne.

Tuesday, August 6, 2013

15 Fakta Menarik Harus Tahu Tentang Kuku

Ada beberapa fakta yang perlu anda ketahui yang mungkin mengejutkan anda tentang kuku seperti disalin dari Magforwomen:

1. Kuku kaki lebih lambat tumbuhnya
Kuku tangan anda tumbuh 3 atau 4 kali lebih cepat dibanding kuku jari kaki. Itulah sebabnya anda lebih kerap memotong kuku jari tangan daripada jari kaki.

2. Kuku kaki tebal

Kuku kali ketebalannya hampir dua kali dibandingkan kuku tangan. itulah sebabnya anda merasa sedikit sukar untuk memotong kuku kaki.

3. Kuku jari tengah lebih cepat panjang

Dalam sebulan, rata-rata kuku tangan anda tumbuh sekitar sepersepuluh dari 1 inci dan kuku jari tengah anda tumbuh lebih cepat.

Monday, August 5, 2013

Spesies Baru, Liger Kucing Terbesar Dunia

Wajahnya mempunyai ciri-ciri seperti singa, badannya pula mempunya jalur seperti harimau, diberi nama Liger bakal menjadi haiwan dari kumpulan kucing yang terbesar di dunia. 

Saturday, August 3, 2013

Disebalik Cara Bersin, Membongkar Keperibadian Seseorang

Menurut NBC News, bersin merupakan reaksi spontan. Bersin terjadi ketika tubuh mengesan bakteria atau unsur lain yang membahayakan kesihatan tubuh. apa yang uniknya, sesungguhnya bersin setiap orang tidaklah sama. Ada yang berbunyi keras dan menimbulkan kelucuan, juga bersin kecil yang mirip dengan suara tikus. Dari gaya bersin itulah keperibadian seseorang dapat diketahui.

"Untuk mengetahui hubungan bersin dengan jenis keperibadian, pengkaji berasal dari Atlanta, Patti Wood, melakukan penyelidikan terhadap 500 responden," tulis akhbar Tampa Bay Times. Hasil kajian itu menunjukkan ada empat keperibadian berdasarkan keadaan cara bersin.

1. Orang yang bersin dengan suara keras dan berkali-kali diperkirakan memiliki keperibadian yang demonstratif atau suka menunjukkan perasaannya, karismatik, serta seadanya.

Friday, August 2, 2013

Cuaca Panas Terik, Restoran Dalam Sungai Menarik Perhatian Pengunjung

Cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 40 darjah celcius melanda China memberi ilham kepada seorang peniaga makanan membuka restoran dalam sungai di Chongqing, Selatan China untuk menarik pelanggan tempatan mahupun pelancong dari luar.