Subscribe Us

Wanita Banyak Makan Pisang Berpotensi Melahirkan Anak Lelaki-Oxford University


Setiap pasangan inginkan anak yang comel sama ada lelaki atau perempuan. Namun  itu semuanya adalah ketentuan Tuhan Yang Maha Esa. Selain berdoa dan bertawakal, kita dibenarkan berusaha untuk mendapatkan anak yang diingini sama ada lelaki mahupun perempuan.


Hasil kajian yang dijalankan, seorang wanita berpeluang untuk menentukan jenis kelamin anaknya sendiri dengan apa yang dimakannya ketika hamil. Wanita yang rutin makan pisang sebelum dan semasa hamil berkemungkinan besar akan memiliki seorang anak laki-laki.


Penemuan ini menunjukkan makanan mengandungi kalori yang lebih tinggi, dapat meningkatkan kemungkinan memiliki anak laki-laki. Sementara wanita yang sebelum hamil melakukan diet tertentu, kemungkinan akan menghasilkan anak perempuan.


Para penyelidik di Oxford University, London, Inggeris, mempelajari kebiasaan makan 740 orang wanita, semasa tempoh kehamilan pertamanya.


"Kami mendapati bahawa seorang isteri yang memakan pisang yang memiliki kalium tinggi berpeluang besar untuk memiliki seorang anak laki-laki," kata ketua penyelidik Fiona Mathews, seperti dilansir dari The Guardian.


Seorang wanita yang makan sereal setiap hari sebagai sarapan, 59 persen akan memiliki anak laki-laki, berbanding hanya 43 persen yang kurang mengambil sereal, kemungkinan untuk memiliki anak laki-lakinya sangat kecil," jelas Mathew

 
Penelitian ini menunjukkan adanya teknik sederhana untuk mempengaruhi kemungkinan mengandung anak laki-laki. Agar lebih bervariasi cubalah untuk makan pisang dan semangkuk sereal.[The Guardian/liputan6.com]

Catat Ulasan

3 Ulasan

3no gr33ny berkata…
info baharu ni
Unknown berkata…
betul ke?? setahu mama kaori byk makan seafood pon boleh dapat anak lelaki..haha..
Mia Liana berkata…
oh ye ke? boleh ikut tips ni..