Saturday, July 13, 2013

Nokia Melancarkan Lumia 1020 Dengan Kamera 41MP

Selepas beberapa minggu penuh dengan khabar angin mengenainya, Stephen Elop secara rasminya telah melancarkan model ‘cameraphone’ terbaru yang berasakan Windows Phone 8 iaitu Nokia Lumia 1020 di majlis ‘Nokia Zoom Reinvented’ yang diadakan di New York.
Tarikan terbesar yang terdapat pada Nokia Lumia 1020 ialah kamera 41MP autofocus pureview nya yang tidak boleh didapati pada mana-mana telefon pintar. Kamera ini juga dilengkapi dengan 1/1.5″ BSI sensor, 6-lensa optik Zeiss dan juga flash LED untuk rakaman video.

Sensor gambar yang terdapat pada kamera 41MP Lumia 1020 membolehkan pengguna menggambil gambar dengan 40MP dan 5MP secara serentak – satu melalui sensor manakala satu lagi melalui kaedah Nokia Super Sampling. Teknologi ini adalah kali pertama digunakan dan tidak terdapat pada Nokia 808 PureView
Selain itu, anda boleh menghayati gambar yang diambil menggunakan 41MP kamera pada skrin paparan 4.5-inci AMOLED Clear Black yang mempunyai resolusi 1280 x 768 selain mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 3. Skrin paparan Lumia 1020 juga mempunyai teknologi Nokia PureMotion HD+ untuk animasi yang lebih lancar selain teknologi sentuhan Super Sensitive yang membolehkan anda menggunakan telefon menggunakan kuku dan sarung tangan.
Nokia Lumia 1020 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2000 mAh dan juga menyokong pengecasan tanpa wayar dengan menggunakan perkakas aksesori yang dijual berasingan. Chasis Lumia 1020 sememangnya besar dengan ukuran 130.4 x 71.4 x 10.4 mm namun telefon pintar ini bersaiz hampir sama seperti Lumia 920 kecuali bahagian belakang Lumia 1020 yang mempunyai kamera yang besar ini dan mempunyai keberatan 158 gram.
A photojournalist recently used the 41MP camera and PureView technology on the Lumia 925 to show off the camera's ability to take photos in low-light conditions. This shot shows backstage images of burlesque dancers at The Box club in Soho
The photos were taken to highlight the Nokia's 41MP camera's ability to take clear photos at night

Lumia 1020 akan ditawarkan pada tiga warna iaitu Kuning, Putih dan Hitam. Lumia 1020 dijangka akan dilancarkan di China dan beberapa pasaran Eropah dalam masa beberapa bulan. Nokia mungkin akan menawarkan Lumia 1020 bagi Negara-negara Asia termasuk Malaysia sebelum penghujung tahun ini. Dalam pada itu, Nokia Lumia 1020 dilaporkan akan dijual mulai 22 Julai di  Microsoft Stores  pada harga USD$602 (RM2892) tanpa kontrak. 

NOKIA LUMIA 1020 SPECIFICATIONS

Operating system: Windows Phone 8
Display: 4.5" AMOLED WXGA (1280x768), PureMotion HD+, high brightness mode, sunlight readability
Battery: 2000 mAh battery
Processor: 1.5 GHz dual-core Snapdragon S4
Main camera: PureView 41 MP with optical image stabilisation
Resolution: 7712 x 5360 includes Nokia Pro Camera, Xenon flash for still images, LED flash for video
Front-facing camera: 1.2 MP wide angle
Memory: 2GB RAM, 32 GB internal memory;
Cloud storage: 7 GB free SkyDrive storage.  [dailymail.co.uk/ mobile88.com]

2 comments:

shark said...

mmg mnarik..
tp still x mnarik selagi windows8 lumia x upgrade :(

Sop Nama Saya said...

menarik
cam nak lawan camera samsung.. heheh
41mp mmg hebat :)