Subscribe Us

Hanya di Indonesia: Skuter 'Extreme Vespa' Yang Unik dan Aneh

Skuter vespa lama yang telah usang dibaik pulih dan diubah suai semula mengikut kreativiti dan cita rasa oleh peminat-peminat ekstrem skuter vespa Indonesia.  Jenama skuter ikonik yang berasal dari Florence amat popular di Indonesia kerana harganya yang lebih rendah berbanding dengan kenderaan jenis lain sebagai alat pengangkutan.  
Satu acara festival tahunan peminat skuter 'Extreme Vespa' telah diadakan setiap tahun di Cibeureum, di pantai Jawa sebagai alternatif kepada mereka mempamerkan hasil reka cipta yang unik dan istimewa, lain dari yang lain. Lihat foto-foto menarik

Kebanyakan skuter telah diubah suai dalam bentuk yang hampir tidak dikenali, sama ada untuk menjadikannya lebih selesa atau untuk meningkatkan estetika skuter mereka. Masing- masing pemilik mahu menonjolkakan ciri kelainan agar lebih menarik dan mendapat perhatian peminat-peminat ekstem skuter vespa. Ayuh bung, boncengan yuk :)

[dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

0 Ulasan